11.16.2011

I LOVE MESSI

BARRANQUILLA (Colombia) – Jaringan pemain terbaik dunia dua kali, Lionel Messi dan Sergio Aguero membawa kemenangan tipis 2-1 Argentina terhadap Colombia, dalam saingan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Latin, awal pagi tadi.
Argentina yang kemarau sebarang trofi sejak 1986, bangkit untuk menyertai juara Copa Amerika, Uruguay pada kedudukan teratas zon berkenaan dengan tujuh mata.
Messi, yang kecewa dalam dua saingan Piala Dunia sebelum ini, mahu rakan sepasukannya meningkatkan mutu permainan selepas hanya seri 1-1 dengan Bolivia pada pertemuan persahabatan antarabangsa, Jumaat lalu.
Pada pertemuan dengan Colombia, pagi ini, Argentina dikejutkan dengan gol awal pasukan tuan rumah menerusi Dorlan Pabon pada minit ke-44.
Bagaimanapun Argentina bangkit pada separuh masa kedua apabila Messi meledak pada minit ke-60 sebelum Aguero memberikan gol kemenangan kritikal pada minit ke-84. 

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.