11.12.2011

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba

SEPANG – Kumpulan pertama 442 jemaah haji selamat tiba ke tanah air dengan pesawat Saudi Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 9.30 malam.
Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamarudin Mat Ali berkata segala urusan Tabung Haji yang melibatkan rakyat Malaysia serta jadual penerbangan pergi dan balik tahun ini berjalan lancar.
“Alhamdulillah, tahun ini segala urusan yang melibatkan urusan Lembaga Tabung Haji berjalan dengan lancar, kita tengok penerbangan pulang pertama jemaah haji juga telah menepati jadual.
“Dan apa-apa masalah yang dialami oleh jemaah haji ketika berada di sana juga kita dapat menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Beliau berkata Lembaga Tabung Haji turut menguruskan jenazah 32 jemaah haji yang meninggal dunia ketika menunaikan rukun kelima itu di tanah suci.
Seramai 28,000 jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini. – BERNAMA
  • written by MyNewsHub

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.