11.23.2011

Ong Kim Swee Tempelak Wartawan

KUALA LUMPUR – Jurulatih bola sepak negara, Ong Kim Swee menempelak seorang wartawan tempatan apabila bertanya soalan yang beliau sifatkan sebagai tidak mencerminkan sokongan atau memberi semangat kepada pasukannya yang baru menang pingat emas.
Soalan wartawan berkenaan ; Adakah lepas menang SEA Games, apakah menentang Syria (untuk kelayakan sukan olimpik) dianggap tidak penting?
Beliau yang nyata berang menyifatkan soalan yang ditanya itu sebagai memperlihatkan sikap negatif wartawan berkenaan di atas kejayaan pasukan negara.
Kim Swee yang ketika itu baru sahaja pulang selepas mengharungi minggu yang memenatkan dengan sikap dan kerenah tidak bertamadun penyokong Indonesia.
Jawapan beliau disulam emosi marah.
“Saya tidak faham mengapa kamu bertanya soalan-soalan yang bersikap negatif walaupun kita baru menjadi juara.
“Bagi saya, soalan kamu sepatutnya mengalakkan seperti mana penyokong-penyokong Indonesia datang dalam jumlah ratusan ribu untuk menyokong pasukan mereka, tetapi kamu seperti ingin menjatuhkan pasukan kita sendiri,” katanya.
Namun jika diamati, soalan itu tidaklah bersifat provokatif dan menghina, namun mungkin Kim Swee kepenatan ketika itu menyebabkan beliau salah faham maksud di sebalik soalan berkenaan.
Apa yang wartawan itu tanya mungkin kebimbangan dan cerminan sikap pasukan bola sepak kita sebelum ini yang kadang kala terbuai apabila mereka menang sesuatu perlawanan yang mendapat perhatian seluruh negara.
Anda boleh mengikuti rakaman oleh wartawan kami ketika Kim Swee dan pasukannya tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah semalam di bawah.
Jangan kerana skeptik anda terhadap wartawan maka anda menilai soalan itu sebagai salah. Dan Kim Swee pun mungkin sangat kepenatan ketika itu. Harus bersifat adil kepada kedua-dua pihak.
Ingat, ramai juga anggota masyarakat bila terhimpit dan tidak tahu nak buat apa, akan pergi mintak tolong wartawan ketengahkan masalah mereka supaya lebih pantas mendapat perhatian pihak berkuasa.
Wartawan bukan ah long, mereka juga banyak jasa dalam masyarakat kita kerana adakalanya mereka mampu menjadi pengimbang kepada suara rakyat dan tindakan kerajaan.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.