11.14.2011

Pelakon Mana Pulak Yang ‘Comolot’ Ni

Nampaknya masih ada artis dan selebriti kita yang begitu bangga memaparkan perangai liar dan tak senonoh mereka di khalayak orang ramai.
Tak cukup dengan itu, mereka sanggup pula membiarkan aksi mereka itu dirakamkan walaupun mereka tahu kebarangkalian ianya tersebar melalui internet dan sebagainya cukup tinggi.
Terbaru dunia hiburan kecoh dengan gambar seorang pelakon beranak satu yang bercium ghairah dengan seorang lelaki di Pulau Tioman.
Wanita itu dikatakan sudah memfailkan permohonan cerai dari suaminya kerana kononnya kehidupan yang dibina dengan lelaki itu tidak membahagiakan.
Ada yang berspekulasi puncanya dari sikap suaminya sendiri.
Difahamkan aksi ciuman mulut ke mulut dengan seorang jurulatih selam (bukan suaminya) ini terjadi sewaktu menyambut Halloweeen beberapa minggu lepas
Gosip pelakon itu mempunyai hubungan dengan seorang jurulatih selam sebelum ini sudah tersebar sewaktu dia memohon cerai dari suaminya.
Adalah malang sekali, di saat kita melihat makin ramai artis dan selebriti kita mula berubah dan berhijrah ke jalan yang diredhai, jumlah mereka yang makin haru-biru juga nampaknya makin bertambah.
Entahlah lepas ni siapa pula yang nak tunjuk aksi ‘comolot’ mereka, jangan lebih teruk dari itu sudahlah, biru mata hitamku hehehehe

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.