11.18.2011

Perhentian bas berhawa dingin

PUCHONG: Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia dekat Bandar Kinrara yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna kini dibuka kepada orang ramai mulai semalam.
Perhentian bas yang beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam itu boleh menampung 40 pengguna dalam satu masa manakala penyaman udara di situ beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam sebagai langkah penjimatan tenaga.

Pembinaan perhentian bas berhawa dingin pertama yang menelan kos RM83,000 itu ditampung sepenuhnya oleh pemaju butik bersepadu, Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group).
Sebagai langkah keselamatan, perhentian bas di hadapan pejabat Trinity Group di Zest Point, Bandar Kinrara itu turut dilengkapi kamera sistem litar tertutup (CCTV) selain rondaan berkala beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan Trinity Group.

Kos penyelenggaraan perhentian bas itu di bawah tanggungan Trinity Group sepenuhnya dan dianggarkan melebihi RM1,000 setiap bulan.

Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat, berkata sumbangan berupa prasarana itu diharap memberi keselesaan kepada masyarakat disamping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.
Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dan penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengasas merangkap Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.