11.14.2011

Sabri Yunus Unggul Di Anugerah Skrin 2011

KUALA LUMPUR – Mungkin ada di kalangan sesetengah peminat yang beranggapan bahawa Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang berlangsung semalam agak membosankan, namun mungkin tidak bagi pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus, yang berjaya menggondol beberapa anugerah utama.
Sabri, 50, berjaya merangkul anugerah menerusi kategori Drama seperti Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik menerusi slot drama arahannya, Sanggul Beracun.
Sementara itu,  Pelakon Drama Lelaki Terbaik dimenangi oleh Eman Manan menerusi drama Janji Syurga, manakala Umi Aida pula merangkul anugerah Pelakon Drama Wanita Terbaik bagi lakonannya untuk drama Airmata Nur Salina.
Abang kepada Allahyarham Faizal Yusof yang dianugerahkan sebagai Pelakon Pembantu Drama Terbaik bertindak mewakili arwah yang meninggal dunia pada 1 Januari tahun ini akibat serangan jantung secara tiba-tiba.
Zulkifli Yusof terharu dengan kemenangan Allahyarham adiknya itu yang yakin pasti arwah akan berasa gembira dengan pengiktirafan tersebut.
“Terharu, ini adalah kemenangan pertama Allahyarham Faizal Yusof sepanjang melibatkan diri dalam kareer lakonan. Saya pasti dia akan gembira jika masih berada di dunia ini.
“Anugerah ini akan diberikan kepada isterinya kerana dia lebih berhak,” katanya yang dipetik dari laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan.
Bagi kategori Filem pula, filem Magika terbitan KRU Production telah dinobatkan dengan anugerah Filem Terbaik ASK 2011, namun bagaimanapun filem tersebut gagal meraih anugerah utama lain selain itu.
Pelakon Filem Lelaki Terbaik dimenangi oleh aktor kacak pujaan ramai, Remy Ishak, menerusi filem Cun, manakala kategori Pelakon Filem Wanita Terbaik pula dirangkul oleh Siti Sharifah atau lebih dikenali sebagai Eja menerusi filem ‘Janin’.
Sementara itu, panel ASK 2011 sebulat suara memberikan Anugerah Khas Yasmin Ahmad kepada pengarah muda, Shamsul Yusof yang berjaya mengutip hasil jualan tiket tertinggi, RM11.74 juta, menerusi filem ‘KL Gangster’ yang diterbitkan tahun ini.
ASK 2011 yang bertemakan ‘Golden Glamour’ itu dan merupakan edisi yang ke 17 sejak diperkenalkan TV3 menawarkan 25 anugerah berprestij untuk pelbagai kategori industri hiburan tanahair, termasuk Anugerah Khas Yasmin Ahmad dan Anugerah Khas Artis Harapan Pantene.
Berikut adalah senarai penuh pemenang ASK 2011 yang berlangsung semalam:
Kategori Drama
1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.
Anugerah Khas
1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.