11.16.2011

Sydney – Facebook menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat banyak imej ganas dan lucah yang dimuat naik dalam laman web sosial berkenaan.
Kandungan yang dimuat naik itu mengandungi akses ke video dan imej termasuk gambar lucah selebriti selain paparan video mengenai keganasan.
Jurucakap Facebook, Andrew Noyes berkata, pihaknya menerima laporan mengenai peningkatan kandungan tersebut dan sedang menjalankan siasatan bagi menangani isu itu.
“Kami sedang meningkatkan sistem untuk mengeluarkan bahan kandungan berkenaan dalam terma kami. Keutamaan kami ialah melindungi pengguna Facebook daripada kandungan tersebut,” katanya.
Kandungan bahan tersebut juga dikesan menjadi akses kepada virus menyebabkan pengguna Facebook beralih ke Twitter bagi membalas dendam dan mengancam untuk tidak lagi menggunakan Facebook untuk selama-lamanya.
Antara aduan yang diterima daripada pengguna Facebook ialah laman web sosial itu gagal membendung video lucah dan keganasan termasuk ke atas binatang.
Malah ada pengguna Facebook yang berasa malu kerana kandungan video lucah itu tiba-tiba muncul dalam laman mereka.
Dalam pada itu, seorang perunding teknologi, Graham Cluely berkata, setakat ini masih belum jelas bagaimana kandungan yang sensitif itu boleh merebak namun keadaan itu bakal memberikan kesan jangka panjang kepada syarikat pengasasnya.
“Keadaan ini akan mendorong orang ramai untuk menjauhi Facebook, justeru ia perlu mengatasinya segera,” katanya.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.