11.18.2011

Tak marah digosip lelaki bujang

HUJUNG minggu lalu (Ahad, 13 November 2011) heboh jadinya apabila akhbar di Indonesia melaporkan penyanyi Sri Rossa Roslaina Handiyani, 33, atau Rossa, melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap.
Gosip itu tercetus apabila gambar penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu berdandan rapi siap berkebaya hijau berlengan pendek dengan balutan kain batik coklat dimuat naik dalam laman Twitter oleh Pengurusnya, Gema Sakti. Justeru, kehadiran Rossa di Kuala Lumpur sempena menjayakan Festival Busana Muslim KL-Jakarta (IFF) pada 15 November lalu, satu pertemuan makan tengah hari diaturkan pihak Suria Records (SRC) bersama Rossa di Restoran Pegaga, di Ukay Boulevard, Ampang. 
Dalam pertemuan itu, Rossa mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu.

Katanya, bukan dia yang menikah tetapi adik bongsunya, Hendra. Majlis dilangsungkan di Gedung Islamic Centre, Sumedang.
“Hari itu saya memakai baju kebaya, jadi Gema sengaja me�ngambil gambar saya dan upload di status Twitter dengan menulis ucapan ‘Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berjalan dengan baik’ sehingga mengundang salah faham.

“Sedangkan apa yang ditulis Gema itu sebagai ucapan merujuk perkahwinan adik saya, Hendra. Gara-gara gambar itu ramai yang menelefon. Justeru, ingin saya berterus-terang bahawa berita Rossa berkahwin itu adalah tidak benar,” katanya.

Kehadiran Rossa bersama jejaka kacak dengan pakaian sedondon berkemeja putih dipadan seluar kelabu, membuatkan wakil media yang hadir membuat andaian bahawa hati Rossa sebenarnya sudah diisi seseorang.

Ia sekali gus menafikan khabar angin sebelum ini mengatakan Rossa menjalin hubungan dengan individu bergelar VVIP sebagaimana disiarkan Metro Ahad tidak lama dulu. Rossa memperkenalkan lelaki yang menemaninya itu sebagai Fariz dan menggunakan peluang itu untuk menjelaskan gosip itu.

“Saya marah betul dengan gosip mengatakan saya ada hubu�ngan dengan VVIP kerana selain tidak benar, timbul kebimbangan di hati saya. Sebab�nya, VVIP itu sudah berkahwin dan saya faham perasaan wanita dan saya tidak mahu gara-gara gosip itu, menggoyahkan hubu�ngan VVIP itu dengan isterinya.

“Kalau digosip dengan lelaki bujang, itu saya tidak marah. Saya tidak nafikan ada dua orang VVIP yang sangat dekat dengan saya tetapi hubungan baik yang terjalin merangkumi isteri dan seluruh keluarga mereka. Justeru, apabila tercetus isu seperti ini saya bimbang hubungan baik kami yang sudah seperti satu keluarga, menjadi dingin.

“Fariz juga sama. Dia kenalan dekat saya malah saya juga rapat dengan seluruh ahli keluarganya sejak setahun lalu. Pakaian sedondon ini kebetulan kerana sewaktu Fariz mengambil saya di lapangan terbang tadi, saya terkejut kerana kita memakai warna baju dan seluar yang sama,” katanya.

Rossa yang hidup solo sejak bercerai dengan Surendro Prasetyo (Yoyo Padi) pada 14 Julai 2009 berkata, dia sebenarnya kasihan dan bersimpati dengan teman-teman baiknya terutama lelaki kerana apabila mereka keluar dengannya, pasti akan digosipkan.

“Secara peribadi, saya seorang yang mudah mesra dan manja. Kalau ada yang melihat cara saya, mereka selalunya cepat faham. Pokoknya, kalau Rossa itu jatuh pun barangkali boleh jadi bahan berita,” kata�nya ketawa.

Menyenangkan dan sentiasa ramah, Rossa turut berkongsi kegembiraan atas kemena�ngannya di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang berlangsung Sabtu lalu untuk kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Oleh Artis Luar Negara menerusi Ku Menunggu.

Ini adalah kemenangan ketiga Rossa sekali gus mencatat rekod sebagai penyanyi luar yang paling lama mengungguli kategori itu.

“Saya tidak menyangka sama sekali akan menang kerana dalam kategori itu turut membariskan nama seperti Maher Zain. Barangkali kemenangan berpihak kepada Ku Merindu kerana lagu itu diminati. Kekuatannya kerana ia sebuah karya mesra pende�ngar, kanak-kanak juga mudah untuk menghafalnya.

“Dari segi nyanyian, ia biasa saja dan tidak begitu mencabar seperti lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Cuma melodinya dan susunan muziknya indah.

“Apapun, kemenangan ini satu penghargaan besar buat saya sekali gus membuktikan hasil kerja keras selama ini bersama syarikat rakaman SRC, karier saya diterima ma�syarakat Malaysia. Semestinya juga ia dibantu pihak media termasuk pencinta (peminat) Rossa di sini,” katanya.

Rossa kini menunggu hari melancarkan album The Best of Rossa yang akan dipasarkan di seluruh cawangan KFC, Indonesia, pada 30 November ini. Memuatkan 14 lagu antaranya Tak Sanggup Lagi, Jangan Ada Dusta yang pernah dipopularkan Broery Marantika dan Dewi Yull serta single terbaru, One Night Lover duet bersama Joe Flizzow.

“Kenapa saya memilih KFC untuk menjadi pengedar album The Best Of Rossa kerana restoran makanan segera itu ada di mana-mana saja, sekalipun di pelusuk kampung. Saya lihat pasarannya lebih meluas berbanding diletakkan di kedai CD dan kaset.

“Mengenai kerjasama de�ngan Joe pula, Fariz adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kami. Sewaktu kami bertemu, dia memperde�ngarkan beberapa lagu ciptaannya dan dua daripadanya cukup menarik perhatian saya.

“Salah satunya One Night Lover. Lagu ini bagus sekali dan ia menonjolkan ‘different side of me’ (sisi lain saya). Konsep muzik yang ditampilkan adalah ‘house’. Manakala Jangan Ada Dusta diberi nafas baru oleh Adirianto selaku penggubah muzik,” katanya.

Sebuah lagi album turut direncanakan Rossa dan dijangka melewati pasaran tahun depan, adalah projek duet bersama penyanyi lelaki rantau Asia membabitkan Anuar Zain (Malaysia), Taufik Batisah (Singapura), Reco Blancho (Filipina), Afgan (Indonesia) dan penyanyi dari China yang belum ditemui calon sesuai.

Rossa mengakui bukan mudah untuk mendapatkan Anuar yang diketahui ramai seorang yang sangat mementing�kan kesempurnaan.

“Ya Allah, dia (Anuar Zain) itu baik sekali sama saya. Saya berjumpa dengannya sebaik saja selesai konsert di Stadium Putra, Bukit Jalil tahun lalu. Anuar sepatutnya datang menyaksikan konsert tetapi dia ada hal. Hanya kak Ziana yang hadir.

“Sebaik selesai konsert itu, saya bertemunya di luar dan sempat tanya kalau-kalau dia mahu berduet dengan saya dan dia mengatakan ia sebagai tanda setuju. Lebih mengharukan, hampir semua lagu saya dia hafal,” katanya.

Untuk 2012, Rossa yang menguruskan perniagaan Diva Family Karaoke di Jakarta bersama teman-temannya, bukan saja mahu memperluaskan cawangan karaoke itu tetapi juga menyasarkan konsert di Istana Budaya (IB) tahun depan.

Katanya, banyak peranca�ngan untuk 2012 tetapi tidak semuanya boleh dikongsi.
Bagaimanapun katanya, salah satu impiannya ialah untuk mengadakan konsert di IB.

“Usaha memasuki IB pernah dilakukan namun tidak berhasil. Namun, waktu itu Tuhan menjanjikan rezeki yang lebih buat saya apabila dapat beraksi di Stadium Putra, Bukit Jalil.

“Saya sukakan konsep persembahan di IB yang lebih ‘intimate’, seperti di Esplanade Singapura baru-baru ini. Peminat berpeluang melihat persembahan saya secara dekat,” katanya.

Tahun depan juga, Rossa sekali lagi tampil sebagai juri Indonesian Idol selepas kehadirannya tahun ini memberi impak besar kepada program itu. Rossa bakal digandingkan sekali lagi dengan penyanyi Anang sebagai juri tetap.



PROFIL:

NAMA PENUH: Sri Rossa Roslaina Handiyani
NAMA PENTAS: Rossa
TARIKH LAHIR: 9 Oktober 1978
TEMPAT LAHIR: Sumedang
ZODIAK: Virgo
PENDIDIKAN: Sarjana Komunikasi, Universitas Indonesia

DISKOGRAFI:
  • 2009 Album Rossa

  • 2007 Album Ost. Ayat Ayat Cinta

  • Album The Best Of Rossa, Yang Terpilih

  • Album Kembali

  • Album Kini Repackage

  • Album Kini

  • Album Hati Yang Terpilih

  • Album Tegar

  • Album Nada Nada Cinta

  • Album Untukmu Sahabat

    ANTARA ANUGERAH:
    2011Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 16), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Ku Menunggu

    2009 Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 16), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Ayat Ayat Cinta dari album OST Ayat Ayat Cinta.

    2008 Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 15), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Terlalu Cinta dari album Yang Terpilih.

    2008 AMI Awards, Bidang Pop Artis Solo Wanita Terbaik - Lagu Ayat Ayat Cinta.

    Platinum Awards untuk album OST. Ayat Ayat Cinta (di Indonesia)

    2006 Double Platinum Awards untuk album Kembali (di Malaysia)

    AMI Awards, Artis Solo Wanita Terbaik

    2005 Double Platinum Awards untuk album Kembali (di Indonesia)

    2004 Platinum Awards untuk album Kembali (di Indonesia)

    2004 Double Platinum Awards untuk album Kini Repackage (di Indonesia)

  • No comments:

    Post a Comment


    Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.