11.14.2011

Warga Emas Mati Ditembak Ketika Bersarapan

JOHOR BAHARU – Seorang lelaki warga emas mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama isterinya di sebuah restoran di Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata Lee Shoo Toong, 60, yang tinggal di pangsapuri Taman Skudai Baru ditembak secara dekat oleh seorang lelaki bermotosikal yang berhenti di depan restoran tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi.
“Suspek yang memakai topi keledar melepaskan sedas tembakan dari arah belakang mangsa lalu mengenai dada kiri dan menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Ruslan berkata suspek kemudian terus melarikan diri bersama motosikalnya selepas melihat Lee rebah.
Beliau berkata isteri Lee masih terkejut dengan kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.