12.06.2011

‘Kami berupaya’

Català: Lionel Messi, jugador del Futbol Club ...Image via Wikipedia

SUDAH terlalu banyak diperkatakan mengenai Lionel Messi. Pemenang anugerah Ballon d’Or Fifa bagi dua tahun terakhir, bintang Argentina yang ramah itu diang�gap sebagai pemain terhebat masa kini dan menjadi tunjang kekuatan Barcelona.
Sekalipun memenangi hampir segala-galanya, namun, Messi enggan untuk berpuas hati dan masih mengintai lebih banyak peluang, bermula dengan pertembungan clasico hujung minggu ini berdepan Real Madrid dan Piala Kelab Dunia Fifa Jepun 2011. Ikuti temubual terbaru dengan pemain yang memiliki kelincahan sukar ditandingi itu.

SOALAN (S): Piala Kelab Dunia Fifa bermula minggu ini. Bagaimana perasaan anda mengenainya?

LIONEL MESSI (LM): Memang menakjubkan untuk bermain pada Piala Kelab Dunia dan ia satu pertandingan yang penting buat kami. Kami memiliki kenangan indah kali terakhir kami beraksi dan tidak sabar untuk menghadapi pengalaman itu sekali lagi dan meraikannya dengan bergaya.

S: Sesetengah rakan sepasukan anda berkata anda wajib memenanginya? Adakah anda bersetuju dengan pandangan mereka?

LM:
 Kami memang sering kali tampil untuk menang. Pada fikiran saya ia satu kejohanan yang amat penting dan kami akan cuba untuk muncul juara, seperti yang selalu kami lakukan. Kami tidak boleh rileks. Setiap orang berasakan dua pasukan pilihan akan layak ke final sebelum ini namun Internacional gagal melakukannya.


S: Adakah penerbangan lama dan perbezaan waktu menjejaskan anda?

LM:
 Saya fikir kami ada masa untuk menyesuaikan diri. Kami akan ke sana beberapa hari lebih awal dan dengan penerbangan ke Argentina dan Amerika Selatan sebelum ini, kami sebenarnya sudah biasa dengan semua itu. Saya tidak fikir ia mendatangkan masalah.


S: Banyak diperkatakan mengenai jumlah perlawanan yang anda dan rakan-rakan terpaksa lalui dan anda berdepan satu perlawanan besar menentang Real Madrid. Adakah anda fikir boleh memun�cak bagi perlawanan itu dan kemudian sekali lagi di Jepun?

LM:
 Kami sedar kami mampu melakukannya dan sejauh mana kami boleh pergi.
Kami berdepan banyak perlawanan, ia memang benar dan tidak pernah mudah bermain perlawanan demi perlawanan dan mengekalkan prestasi terbaik. Kami tidak kisah dengan apa yang diperkatakan orang. Kami tetap tenang dan bersatu dan seperti yang saya katakan, tiada siapa tahu apa yang pasukan ini boleh lakukan berbanding kami.


S: Pep Guardiola (jurulatih Barcelona) sudah menggunakan formasi 3-4-3 dalam beberapa perlawanan terakhir. Apa panda�ngan anda mengenainya?

LM:
 Ia bermakna kami memiliki lebih ramai orang di bahagian tengah dan lebih banyak menguasai bola, apa yang bos mahukan. Kami sedar jika kami memegang bola, kami boleh meranapkan impian lawan dan menyekat mereka daripada memusnahkan impian kami. Mempunyai tambahan seorang pemain di tengah boleh memudahkan kami.


S: Bagaimana anda melihat perlawanan genting menentang Real Madrid Sabtu ini?

LM:
 Ia pastinya satu perlawanan yang fantastik. Jelas adalah penting kami mendapat keputusan yang bagus kerana ia akan membantu kempen kami secara keseluruhan. Jika tidak, maka kami tidak ada banyak masa untuk rileks kerana kami ada kunjungan ke Jepun, sesuatu yang amat penting juga buat kami.


S: Anda berpeluang untuk memenangi anugerah Ballon d’Or Fifa buat kali ketiga bulan depan. Bagaimana ia memberikan motivasi kepada anda?

LM:
 Seperti yang selalu saya katakan, adalah hebat untuk memenangi anugerah individu, terutama yang paling berprestij, tapi apa yang utama buat saya adalah memenangi perlawanan dan kejuaraan.


S: Apa peranan yang dimainkan oleh bola sepak dalam kehidupan peribadi anda di luar padang bola?

LM:
 Ketika saya kecil, saya sering membawa bola ke mana saja saya pergi dan bukan setakat di padang bola, tapi ke mana-manapun. Kami tidak boleh dipisahkan. Semuanya berbeza sekarang dan kini saya cuba memberikan tumpuan terhadap keluarga dan melupakan bola sepak seketika apabila menamatkan latihan atau wisel penamat ditiup.



Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.