12.05.2011

Malam romantik Bieber, Selena

WALAUPUN masih begitu muda, mereka kelihatan segak dan anggun dengan muncul bersama set pakaian yang jauh lebih dewasa.
Pasangan selebriti pujaan remaja sedunia, Justin Bieber dan Selena Gomez terus menjadi perhatian utama di majlis Anugerah Muzik Amerika (AMA) 2011, baru-baru ini. 
Pasangan remaja itu terus menye�babkan peminatnya terjerit-jerit sebaik saja mereka tiba di laluan masuk majlis berkenaan dilangsungkan menaiki kereta antik Rolls Royce putih.

Berpakaian seolah-olah baru saja meninggalkan set penggambaran filem muzikal 1970-an, Bugsy Malone, Bieber dan Selena tidak memerlukan masa lama untuk menarik perhatian semua mata yang ada di Teater Nokia di Los Angeles yang menjadi lokasi majlis berkenaan.




Bieber mengenakan pakaian ala era 1920-an dan dilengkapi dengan perubahan stail rambut bagi menyempurnakan penampilannya itu.

Sementara itu, puteri pop yang menjadi pasangannya - Selena - mengenakan gaun seksi metalik rekaan Giorgio Armani yang menampakkan sebahagian daripada dada serta pahanya.

Pakaian satin itu memang menampakkan keanggunan Selesa, tetapi fesyen baju yang mendedahkan belakang badan�nya menjadikan dia lebih ‘panas.’

Dengan rambut dibiarkan terurai bebas, pasangan Selena dan Bieber memang kelihatan lebih matang.

Sesuai dengan status mereka yang bercinta, Selena, 19, dan Bieber, 17, tidak mampu berenggang walaupun seketika dan mereka kelihatan saling berpegangan tangan.

Bieber juga membantu kekasihnya berjalan di atas permaidani merah kerana gaun dipakai Selena begitu panjang.

Disebabkan keunikan itu, gaun Selena turut menarik perhatian khusus penyanyi popular masa kini, Taylor Swift, yang meluangkan masa seketika meneliti pakaian rekaan Armani itu dari dekat.

Dakwaan curang yang dikaitkan dengan Bierber nampaknya tidak memberi sebarang kesan kepada kisah cinta penyanyi itu dengan Selena.

Malah, untuk menjawab tuduhan itu, Bieber dan Selena membuat penampilan awam beberapa kali bagi membuktikan mereka tidak terjejas dengan skandal berkenaan.

Pada majlis AMA 2011 itu, Bieber turut membuat penampilan di atas pentas untuk menyampaikan lagu hit Mistletoe.

Sebelum itu, dia diperkenalkan kawan karibnya, Sean Kingston, sebelum muncul di atas pentas dengan asap hiasan.

Berpakaian serba putih, Bieber menguasai pentas dengan persembahan bertenaga dan mendapat tepukan gemuruh penonton.

Sebelum itu, Bieber menzahirkan rasa terujanya untuk menghadiri AMA 2011 dengan membuat catatan di Twitter.

Turut membantunya menjayakan persembahan, pengarah muzik Bierber, Dan Kanter.

Bagaimanapun, ketika keputusan diumumkan, Bierber terpaksa akur kepada kehebatan Bruno Mars dalam kategori Penyanyi Lelaki Pop/Rock Terbaik.

Namun, Bierber ternyata tidak sedih dengan kekalahannya, malah segera mengucapkan tahniah kepada Mars melalui Twitter.

Ketika LMFAO menutup majlis gilang-gemilang itu dengan rang�kaian lagu Party Rock Anthem dan Sexy And I Know It, Bieber sekali lagi membuat persembahan istimewa mengiringi kumpulan berkenaan.

Penonton bagaikan histeria melihat Bieber mengenakan seluar yang menjadi identiti kumpulan berkenaan seluar Zubaz.

Memakai seluar kuning dan baju tanpa lengan bertulis Sexy padanya, bintang sensasi remaja itu menunjukkan kemahirannya menari sebelum segera meninggalkan pentas.

Selesa majlis itu, Selena dan Bieber bergegas menaiki kereta antik Rolls Royce putih yang sebelum itu membawa mereka ke Teater Nokia.

Jelas kepenatan, Selena kemudian menyandarkan kepalanya ke bahu Bieber sebelum penyanyi Baby Baby itu menyelimut kekasihnya dengan jaket tuksedo bagi mengurangkan rasa dingin awal pagi
.




No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.