12.15.2011

Pudu pula dilanda banjir kilat

KUALA LUMPUR: Hujan lebat di ibu negara selama dua jam bermula jam 5 petang, semalam menyebabkan beberapa kawasan terutama di Jalan Chan Sow Lin, Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, dekat Pudu dilanda banjir kilat separas 0.5 meter.
Banjir kilat dan cuaca buruk itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di ibu negara lebih dua jam.

Tinjauan Harian Metro di jalan itu mendapati peniaga bertungkus-lumus mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi selepas air memasuki kedai.


Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) ketika dihubungi berkata, banjir kilat berkenaan memberi kesan kepada aliran trafik di jalan terbabit yang bermula jam 5.15 petang.

Katanya, jalan lain turut terjejas termasuk Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Tuanku Abdul Rahman, bulatan Segambut menghala Jalan Ipoh, Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching menghala Selayang.


“Turut terjejas aliran trafik di Jalan Kinabalu menghala Jalan Loke Yew dan bulatan Cheras, Jalan Maharajalela menghala Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak menghala bulatan Pahang,” katanya.



Sehingga jam 7 malam keadaan trafik di jalan lain juga dilaporkan turut terjejas.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.