11.30.2011

tuan punya blog



 Nota Tapak Kaki: tak cantik pun :(
Read More...

11.29.2011

17 tahun makan bedak, sabun

KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.

“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.

“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.



Read More...

‘Toyol’ curi komputer riba

JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.
Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.


Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

Read More...
APA WATAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA FACEBOOK ?

1. MODEL : Tukar gambar setiap hari
2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari
3. PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status
8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa! Contoh ( otw ke Sunway ) kemudian ( di Sunway main ice skating ) kemudian ( karaoke di Sunway ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam , So annoying okayy -.-''
9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut macam itik , euwww
10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIF ??

TERASA ? HARUSLAHHHH ,HAHAHAHAHAHA!!!

  














































Nota Tapak Kaki: korang nomber berapa????? admin nomber 2 (penjanayah)
Read More...

11.28.2011

Esakan di makam keramat

KUALA TERENGGANU: “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.
Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.
Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan
Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi.

Read More...

lelaki puntianak

SUASANANYA bagaikan di majlis resepsi perkahwinan. Sekumpulan wanita hamil ralit merakamkan aksi mereka di bawah gerbang pengantin serta teruja melihat ratusan kek cawan unik yang didirikan di tepinya.
Di satu sudut pula beberapa wanita asyik menata wajah dan membetulkan gaun putih mereka. 
Tidak kurang juga beberapa lelaki bertubuh sasa yang lagaknya umpama si kaki pukul, namun tidak henti bergelak ketawa serta berbual bersama hadirin.

Namun, ini bukanlah majlis resepsi yang biasa dilakukan masyarakat kita. Tiada pengantin lelaki mahupun perempuan yang diraikan dalam majlis ini tetapi ia dianjurkan sebagai simbolik bagi meraikan majlis perkahwinan dua watak utama dalam filem sekuel Twilight - Breaking Dawn Part 1 - yang mula ditayangkan di seluruh Malaysia, minggu lalu.

Biarlah apa pun orang kata, cinta mereka tetap pada Edward Cullen, Bella Swan dan Jacob Black. Biarpun ada yang menggelar mereka pelik, mengarut malah sasau sekali pun, minat yang disemai sejak awal kemunculan lelaki puntianak itu di lembaran kesusasteraan dunia langsung tidak pernah goyah.

Berpaksikan minat mendalam kepada watak fiksyen rekaan Stephenie Meyer itu, lebih 400 peminat Twilight Saga ini, yang bergerak atas nama Kelab Twilighters Malaysia (Twilighters), berhimpun menantikan tayangan perdananya di Pavilion, Rabu lalu.

Tidak sekadar berkumpul bagi menonton filem terbabit, mereka berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sosial selain meluaskan rangkaian kenalan dengan ahli Twilighters lain.

Menurut Presiden Kelab Twilighters Malaysia, Nurul Azlinawatee Mahbob, majlis perhimpunan ahli Twilighters seperti itu adalah perkara biasa sebelum tayangan perdana filem dalam Twilight Saga.

“Kami tidak menjual tiket semata-mata dan membiarkan ahli Twilighters menuju terus ke panggung, tetapi kami adakan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan Cosplay serta cabutan bertuah agar dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama ahli.

“Jangan terkejut kerana ahli Twilighters bukan hanya di kalangan wanita dan remaja perempuan tetapi kami turut menerima banyak penyertaan daripada golongan lelaki yang turut menggemari filem ini.

“Bagaimanapun, ramai antara golongan itu yang enggan mengakui tertarik dengan novel atau filem Twilight Saga secara terbuka, perhimpunan sebelum tayangan perdana seperti ini adalah platform terbaik untuk mereka bergaul bersama rakan yang berkongsi minat sama serta bertukar-tukar pendapat dengan ahli lain,” katanya.

Pada majlis itu, Syed Azman Syed Abu Bakar yang tampil sebagai Jacob muncul juara Cosplay kategori lelaki sementara wanita dimenangi Norhidayah Yaacop yang membawa karektor Bella.

Selain Cosplay dan cabutan bertuah, kek cawan yang direka khas menyamai kulit novel Breaking Dawn ciptaan Marsila Sulaiman dari http://rizqcakes.blogspot.com tidak ketinggalan menjadi tumpuan hadirin.

Mengimbau semula penubuhan kelab ini, Azlina berkata ia tercetus selepas suaminya, Mohd Fadzli Abdul Ghani memperkenalkannya dengan filem Twilight, yang pertama dalam sekuel saga itu.

“Sejak filem itu, saya tertarik untuk terus membaca novel Stephenie dan mula berhasrat mewujudkan sebuah kelab bagi mengumpul peminat Twilight di seluruh Malaysia.

“Saya kemudiannya berkenalan dengan seorang lagi peminat Twilight, Nurul Akhmar Hannum Naseron dalam laman web Facebook, lalu kami sama-sama bertemu pengedar filem ini di Malaysia untuk membantu kami merealisasikannya pada 2008,” ujarnya.

Tambah eksekutif pemerolehan itu, kelab ini tidak berteraskan keuntungan dan semua ahli jawatankuasanya seperti Suhaini Nordin (Naib Presiden), Nuhrul Huda Khalid, Shairli Saad, Nurul Neesa Omar, Sharifah Edura Farita Syed Saiyudin dan Mariyana Eszet Zaidel berkhidmat sebagai sukarelawan.

Kelab ini juga banyak terbabit dalam aktiviti kebajikan antaranya menyumbang keuntungan daripada jualan pakej (tiket dan barangan memorabilia) bagi tayangan perdana filem Twilight Saga : Eclipse kepada Tabung Bersamamu TV3.

“Kami bergerak sebagai kelab peminat dan bukannya syarikat yang meletakkan sasaran khusus untuk organisasi. Disebabkan kami bergerak secara dalam talian, saya sendiri yang membayar domain untuk laman web http://www.twilightersmalaysia.com.

“Biarpun tanpa keuntungan, kami kini berjaya menarik lebih 1,600 penyertaan ahli selepas tiga tahun ia beroperasi. Kami cuma mengenakan bayaran minimum untuk satu-satu majlis, cukup sekadar untuk menampung kos.

“Kami melakukannya kerana minat dan kami gembira apabila minat itu dapat dikongsi bersama orang lain,” katanya.
Read More...

Pejam mata

PROFIL kerjayanya belum pun penuh selebar kertas. Terlalu hijau dan baru untuk diukur menjadi penggiat seni yang berjuang dalam gelanggang hiburan. Namun itu, bukanlah kayu pengukur bagi melihat populariti si empunya senyuman manis ini kerana entah apa formula yang digarap kemas, nama Nur Anzalna Md Nasir lekas meniti bibir peminat.
Memiliki wajah jelita dengan tutur bicara yang tersusun, Anzalna juga finalis Dewi Remaja 2010 berjaya mencipta nama terlebih dulu apabila muncul dalam drama bersiri Suria Di Cordoba.
Akuinya berkali-kali, semua rezeki dan peluang yang hadir buatnya adalah sesuatu yang tidak sekali disangka kerana sejak awal lagi tidak terlintas untuknya menceburi lapangan lakonan.

“Mungkin inilah dikatakan rezeki dan ketentuan. Selepas mencipta nama dalam pertandingan Dewi Remaja, cepat saya ditawarkan berlakon. Alhamdulillah, percubaan sulung itu mengundang rasa percaya pihak produksi terhadap saya dan kini saya sedang mencatur untuk meletak sepenuh fokus pada bidang ini. Lakonan sudah menjadi kerjaya buat saya meskipun ia adalah satu bidang terjun pada awalnya,” katanya berseloroh.

Bertemu dengannya di lokasi penggambaran filem pertama lakonannya, Sepah The Movie bertempat di Johor Bahru bulan lalu memberi ruang terbaik untuk mengenali gadis berusia 23 tahun ini.

Meskipun beberapa kali kisah nakal mengenainya pernah singgah ke telinga sebelum ini, kononnya gemar meraih publisiti murahan, kontroversi gambar bersama bekas kekasih dan dipalit pula percintaannya dengan aktor muda Shahz Jaszle, namun pertama kali bertemu dan melontar setiap persoalan, tidak sekelumit berbekas rasa kurang selesa buatnya.

Usik Anzalna, kontroversi dan spekulasi adalah makanan dalam dunia hiburan, lantas pejamkan mata dan tulikan telinga saja jika ingin kekal lama.

“Kalau saya sibuk memikirkan apa orang bercakap, memang sudah lama saya mati. Maklumlah belum sempat bernafas ada saja yang datang menghimpit. Namun itulah cabaran yang harus saya telan,” katanya.

Meneliti personalitinya dengan raut wajah kacukan Cina Punjabi serta memahami sepak terajang dunia seni, bukan mustahil buat Anzalna menjadi tumpuan tembakan kontroversi.

Mengakui ada yang datang menghimpit namun katanya terbuka, hatinya sudah punya insan istimewa. Walaupun masih terlalu baru membina empayar sebagai anak seni, ia tidak langsung menjadi penghalang buatnya mengakui kisah cintanya.

“Sejak dalam Dewi Remaja lagi saya sudah didedahkan dengan permainan sebegini. Ada saja yang datang dekat ingin berkenalan dan tidak kurang yang mencari kelemahan untuk dijadikan sasaran. Namun alhamdulillah saya kuat dengan sokongan keluarga dan teman-teman yang tidak lekang memberikan nasihat dan tunjuk ajar.

“Saya sudah mempunyai teman istimewa. Kami masih dalam proses mengenali hati budi dan mencari keserasian. Namun itulah hakikat yang ada buat masa ini. Saya selesa berkawan dengannya dan memang mengharapkan ia kekal ke fasa yang lebih baik. Soal populariti atau takut kehilangan peminat hanya kerana mengakui sudah berpunya tidak menjadi masalah buat saya kerana apa yang penting adalah jujur dan sentiasa ikhlas.

“Lelaki yang kini rapat dengan saya adalah Hanif Zaki yang seusia dan masih lagi menuntut dalam jurusan automotif di sebuah institusi pengajian tempatan. Dia adalah satu-satunya teman yang menjadi tempat saya mencurah segala perasaan dan berkongsi kegembiraan. Saya bersyukur Hanif memahami dan tidak henti memberi sokongan untuk saya terus kuat mengejar apa yang diinginkan.

“Bagaimanapun tidak pula kami berdua memikirkan soal untuk berkahwin kerana masing-masing masih sibuk membina kerjaya. Saya sendiri masih muda dan tidak mahu soal cinta membebankan perjalanan kerjaya yang baru hendak bermula ini. Biarlah saya dapat apa yang saya impikan tercapai dulu dan Hanif sendiri dapat mengejar cita-citanya. Kemudian nanti baru kami bercerita soal seterusnya pula.

“Insya-Allah jika diberi rezeki dan jodoh, pastinya saya akan berkongsi dengan peminat,” katanya yang mengakui mengenali Hanif sejak enam tahun lalu menerusi laman sosial MySpace sebelum menjalin hubungan serius lima bulan lalu.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang pernah menetap lama di Tasmania, Australia sebelum ini tidak henti berkongsi pengalaman indahnya sebagai pelakon. Belumpun setahun usia pembabitan, gaya ceritanya seakan sudah lama bertapak memperjuangkan seni.

Jelasnya yang kini baru saja selesai menghidupkan watak Ayu Sofea dalam filem Sepah The Movie, peluang dan tawaran lakonan sentiasa ada buatnya meskipun masih baru dan tidak punya pengiktirafan dalam kerjayanya itu.

“Saya bersyukur sangat kerana ada saja yang datang memberikan skrip kepada saya. Awalnya saya sendiri tertanya kepada diri sendiri mengapa begitu yakin sekali mereka mengundang saya berlakon namun saya fikirkan itu semua satu rezeki dan menuntut untuk saya terus berusaha memberikan yang terbaik.

“Filem Sepah The Movie adalah sebuah karya komedi dan aksi yang begitu menarik. Saya memang peminat kepada kumpulan Sepah dan pastinya saya berbangga kerana berpeluang beraksi bersama mereka dan pelakon handalan lain termasuk Jehan Miskin. Ini satu permulaan yang baik buat saya sebelum terus ke lokasi naskhah besar yang lain.

“Selepas ini saya akan kembali sibuk untuk drama siri terbaru, Gemersik Kalbu bersama Aqasha dan Ayu Raudhah untuk slot Akasia TV3 dengan memegang watak sebagai Tasha. Kemudiannya saya masih dalam pertimbangan untuk dua lagi filem baru yang akan menyusur akhir tahun nanti. Jika ada kelapangan pastinya peluang ini tidak sekali saya tolak,” katanya.

Namun kelakarnya dalam pada bersembang bercerita soal rezeki lakonan yang mencurah, anak kedua dari lima beradik ini masih gementar setiap kali ditawarkan watak utama dan pernah juga dia menolak untuk membintangi beberapa drama hanya kerana diberikan teraju utama.

“Memang ada kalanya saya sendiri ketawa tapi itulah realitinya. Saya masih takut dan bimbang untuk memikul watak utama. Lantas beberapa juga saya menolak tawaran drama kerana mereka inginkan saya memegang watak utama. Mungkin saya perlukan lagi ruang untuk belajar dan melihat kelemahan sendiri sebelum benar-benar yakin melakonkan watak besar,” katanya tergelak.

Jika tepat percaturannya membina nama sebagai pelakon, Anzalna yang turut pernah membintangi drama Ramadan Terakhir ini akan mencuba melebarkan sayapnya sebagai penyanyi kerana itulah lapangan seni yang pernah menjadi angan-angannya.



PROFIL

Nama Penuh: Nur Anzalna Md Nasir
Tarikh lahir: 9 Januari 1988
Umur: 23 tahun
Tempat lahir: Tasik Gelugor, Pulau Pinang
Keluarga: Anak kedua daripada lima beradik
Pendidikan: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia
Pencapaian: Finalis Dewi Remaja 2010
Komersial: Trenz (Siaran TV Indonesia), Celcom, Franch Oil dan Ecpi
Drama: Suria Di Cordoba, Ramadan Terakhir dan Gemersik Kalbu
Filem: Sepah The Movie
Read More...

Selena kekal imej

TEMAN lelakinya, Justin Bieber dilibatkan dengan skandal anak luar nikah yang telah mencemarkan imej bersihnya selama ini.
Bagaimanapun, tidak kira sehebat mana kontroversi yang melanda Bieber, Selena Gomez berazam supaya reputasi baiknya di mata umum tidak tergugat.
Bintang berusia 19 tahun itu berpegang pada imej Disney disandangnya ketika menjalani penggambaran video muzik untuk lagunya Hit The Lights di California.

Sambil menari di lautan belon merah jambu, bekas bintang Wizards of Waverly Place itu kelihatan seperti seorang gadis yang polos.


Latar belakang untuk penggambaran video muzik itu turut dilakukan di ladang jagung, disko berwarna-warni, padang hijau dan hutan.

Dalam satu babak, Selena dilihat berlari bersama beberapa rakan di ladang jagung sambil menarik belon gergasi kuning.

Blaus dan skirt yang dipakainya jelas berbeza dengan imej seksi yang biasa dilihat dalam video nyanyian penyanyi sebayanya.

Dalam babak lain, Selena turut dilihat menari di lautan belon merah jambu, seolah-olah meniru gaya video muzik California Gurls nyanyian Katy Perry.

Bagaimanapun, dalam satu lagi babak, Selena muncul lebih menggoda dengan mempamerkan kaki panjangnya apabila memakai seluar pendek merah sambil bersandar di batang pokok.

Dalam babak yang dilakukan pada waktu malam pula, Selena muncul dengan skirt putih sambil menari berhampiran pancuran bunga api.

Sementara itu, Bieber dikhabarkan menjadi bapa kepada seorang bayi yang dilahirkan, baru-baru ini selepas berasmara dengan seorang peminat pada Oktober tahun lalu.

Bieber menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan memberitahu Today Show pada minggu lalu, dia sering menjadi sasaran atas tuduhan tidak berasas seperti itu.

Peguam kepada Mariah Yeater, wanita yang mendakwa Bieber adalah bapa kepada anak dilahirkannya, sebelum ini berkata, mereka berhasrat untuk menyelesaikan perkara itu secara peribadi.

Bagaimanapun, Selena tidak berbelah bahagi menyokong teman lelakinya itu dan pasangan remaja terbabit kelihatan seolah-olah sudah melupakan mengenai kontroversi itu apabila mereka tampil mesra dalam satu acara, baru-baru ini.

Mereka dilihat saling berpimpin tangan ketika meninggalkan restoran L’Avenue sebelum membeli-belah di butik Louis Vuitton sambil di kelilingi peminat di Paris, semalam.

Kemunculan Selena dan Bieber secara berasingan dalam Anugerah MTV Muzik Eropah (MTVEMA) di Belfast juga mempamerkan kombinasi profesionalisme yang cukup sempurna antara kedua-duanya.

Bertepatan dengan statusnya sebagai bintang pop, Bieber, 17, menerima trofi bagi gelaran Anugerah Lelaki Terbaik, tetapi teman wanitanya yang cantik jelita menghadapi tugas berat kerana terpaksa membuat penampilan sepanjang acara berlangsung.

Selena benar-benar mempamerkan kematangan apabila muncul di karpet merah jambu pada acara penutup dengan senyuman lebar tanpa menunjukkan sebarang riak wajah tertekan.

Dia mempersembahkan lagu Hit The Lights sambil mengelilingi pentas dengan seluar ketat ungu berkilauan.

Pasangan itu memilih untuk tidak membuat kemunculan bersama kerana masing-masing ingin menunjukkan bakat tersendiri yang dimiliki mereka.

Bieber membiarkan saja teman wanitanya menyerlah dalam acara itu dan dia dilihat berbual bersama rakan artis termasuk aktres siri drama Heroes, Hayden Panettiere.

Selena kemudian menulis dalam Twitter selepas acara itu: “Terima kasih MTV kerana memberi saya peluang untuk menjadi pengacara EMA tahun ini. Terima kasih kepada semua yang mengikuti perkembangan sepanjang hujung minggu ini. Terima kasih kepada semua yang menonton MTVEMA tahun ini. Saya melalui detik pengalaman yang amat hebat !!! Saya sayangkan anda semua.”

Sementara itu, Hit The Lights adalah single ketiga daripada album ketiga Selena, When The Sun Goes down bersama Hollywood Records.

Video muzik lagu Hit The Lights akan dikeluarkan pada Rabu depan.


Read More...

11.25.2011

alhamdullilah

alhamdullilah mak n ayah saya dah balik dari mekkah 
Read More...

11.24.2011



selamat maal hijrah pada semua =)









Read More...

sabar jer la admin 
Read More...

11.23.2011

Ong Kim Swee Tempelak Wartawan

KUALA LUMPUR – Jurulatih bola sepak negara, Ong Kim Swee menempelak seorang wartawan tempatan apabila bertanya soalan yang beliau sifatkan sebagai tidak mencerminkan sokongan atau memberi semangat kepada pasukannya yang baru menang pingat emas.
Soalan wartawan berkenaan ; Adakah lepas menang SEA Games, apakah menentang Syria (untuk kelayakan sukan olimpik) dianggap tidak penting?
Beliau yang nyata berang menyifatkan soalan yang ditanya itu sebagai memperlihatkan sikap negatif wartawan berkenaan di atas kejayaan pasukan negara.
Kim Swee yang ketika itu baru sahaja pulang selepas mengharungi minggu yang memenatkan dengan sikap dan kerenah tidak bertamadun penyokong Indonesia.
Jawapan beliau disulam emosi marah.
“Saya tidak faham mengapa kamu bertanya soalan-soalan yang bersikap negatif walaupun kita baru menjadi juara.
“Bagi saya, soalan kamu sepatutnya mengalakkan seperti mana penyokong-penyokong Indonesia datang dalam jumlah ratusan ribu untuk menyokong pasukan mereka, tetapi kamu seperti ingin menjatuhkan pasukan kita sendiri,” katanya.
Namun jika diamati, soalan itu tidaklah bersifat provokatif dan menghina, namun mungkin Kim Swee kepenatan ketika itu menyebabkan beliau salah faham maksud di sebalik soalan berkenaan.
Apa yang wartawan itu tanya mungkin kebimbangan dan cerminan sikap pasukan bola sepak kita sebelum ini yang kadang kala terbuai apabila mereka menang sesuatu perlawanan yang mendapat perhatian seluruh negara.
Anda boleh mengikuti rakaman oleh wartawan kami ketika Kim Swee dan pasukannya tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah semalam di bawah.
Jangan kerana skeptik anda terhadap wartawan maka anda menilai soalan itu sebagai salah. Dan Kim Swee pun mungkin sangat kepenatan ketika itu. Harus bersifat adil kepada kedua-dua pihak.
Ingat, ramai juga anggota masyarakat bila terhimpit dan tidak tahu nak buat apa, akan pergi mintak tolong wartawan ketengahkan masalah mereka supaya lebih pantas mendapat perhatian pihak berkuasa.
Wartawan bukan ah long, mereka juga banyak jasa dalam masyarakat kita kerana adakalanya mereka mampu menjadi pengimbang kepada suara rakyat dan tindakan kerajaan.
Read More...

Yahudi Sokong Aliaa Bogel

Diilhamkan oleh tindakan berani Aliaa Elmahdy, seramai 40 wanita Israel berposing bogel untuk satu gambar – dengan memegang kain rentang untuk menutup kemaluan.
Kain rentang tersebut tertulis  ‘Homage to Aliaa El Mahdi. Sisters in Israel’ (Penghormatan kepada Aliaa El Mahdi. Saudari dari Israel) dan slogan ‘Love without Limits’ (Sayang tanpa Batasan), dalam bahasa Arab dan bahasa Ibrani.
Kumpulan berkenaan diketuai oleh Or Templar, 28, yang menubuhkan sebuah kumpulan di laman sesawang rangkaian sosial mengajak wanita menyertainya dengan menepikan perbezaan politik mereka untuk meluahkan sokongan.
Dalam Facebook, Templar menulis: “Mari kita beri dunia satu alasan baik untuk melihat kecantikan unik wanita Israel.
“Tanpa mengira sama ada mereka orang Yahudi, Arab atau lesbian – kerana di sini, mulai sekarang, ia tidak penting.
“Mari kita tunjukkan kepada orang yang ragu-ragu yang wacana antarabangsa kita tidak bergantung kepada kerajaan,” katanya.
Rancangan Templar adalah respon kepada Aliaa yang memuat naik gambar bogelnya dengan hanya memakai stoking dan kasut merah di blognya minggu lepas.
Mesir kini sedang bersiap sedia untuk pilihan raya berikutan pengusiran Presiden Hosni Mubarak.
Wanita Yahudi Sokong Aliaa Bogel - Bacalah Di Mynewshub.my
Aliaa, yang mendakwa dirinya seorang ateis (tiada agama) baru-baru ini berhenti belajar di universiti dan berkeras bahawa dia akan terus berjuang untuk kebebasannya.
Dia memberitahu CNN: ‘Wanita Islam akan sentiasa menjadi objek untuk digunakan di rumah.
‘Seksisme menentang wanita di Mesir adalah penuh khayalan, tetapi saya tidak akan pergi ke mana-mana dan akan berperang sehingga penghujung.
‘Ramai wanita memakai tudung hanya untuk melepaskan diri daripada gangguan dan dapat berjalan-jalan di jalanan.
‘Saya seorang yang percaya kepada setiap perkataan yang saya tuturkan dan saya sanggup untuk hidup dalam bahaya dengan ancaman yang saya terima untuk mendapatkan kemerdekaan sebenar yang semua rakyat Mesir sedang berjuang untuk dan hampir mati untuknya setiap hari,” kata Aliaa mempertahankan tindakannya berbogel.
Read More...

Tumpas 0-2 Kepada Syria

KUALA LUMPUR — Skuad Olimpik negara gagal bangkit semula setelah tumpas 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Sebelum ini, pada perlawanan pertama pusingan ketiga, Malaysia tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka.
Perlawanan itu disaksikan kira-kira 20,000 penyokong dan berlangsung secara sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Skuad bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee bermula garang apabila Ahmad Fakri Saarani melakukan cubaan seawal minit kedua namun melepasi gawang gol.
Gandingan Ahmad Fakri dan Wan Zack Haikal Wan Noor telah mengkucar-kacirkan benteng pertahanan skuad Helang Merah (Syria).
Pada hujung babak pertama, Wan Zack Haikal hampir memberi gol pendahuluan kepada skuad Olimpik negara menerusi tandukan hasil sepakan percuma oleh Mohamad
Fandi Othman, namun cubaannya tersasar.
Selepas rehat, Skuad Helang Merah memecah kebuntuan pada minit ke-50 menerusi pemain tengah, Solaiman Solaiman menumpaskan penjaga gawang negara,
Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Harimau Muda kembali menyusun jentera serang bagi mencari gol penyamaan.
Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.
Syria memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi jaringan kedua yang disempurnakan Nassouh Nakkdahli pada minit ke-88.
Ahad ini, Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain yang sebelum ini kalah  kepada Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa.
Read More...

AIM 18 Award Total Decreased

KUALA LUMPUR -Album sales which dropped through compact disc and cassettes sales indirectly has damaged the 18th Anugerah Industri Muzik (AIM 18) which will be held at Stadium Putra here on November 2.
The award ceremony organized by the Recording Industry Association of Malaysia (Rim)  were forced to reduce the total number of awards from 29 awards last year to 19 awards this year due to that scenario.
Rim Deputy Chairman and the association’s Industry Development Committee Member, Adrian Lim said, the drop of album sales and the lack of local album production causing his association to cancel the Best Album category for all music genre.
“This year there are no categories for Best Pop Album and several other music genre. This is because there are not many albums produced this year. To overcome that problem all albums contesting will grab for the Best Album overall.
“However, we still have the Best Song category for all music genre which contested namely pop, rock, nasyid, hip hop, ethnic, Best English Song and so on,” he said at the first press conference for AIM 18 here yesterday.
Despite decrease in the aspect of award numbers, the AIM which has been organized since 17 years ago has also inserted a new award named Best Celcom Mobile Artist which involves all telecommunication company (telco) in this country.
Adrian added, through this award, the song that is most downloaded digitally via telephone will be selected as the winner. -mynewshub
Read More...

Gempar: Kemenangan Lagu Terbaik (Penakut) Yuna Di AIM 2011 Ditarik Balik

KUALA LUMPUR – Anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi penyanyi Yuna Zarai atau Yuna pada Anugerah Industri Muzik 2011 yang berlangsung 12 November lalu ditarik balik oleh pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia semalam.
Kemenangan itu telah dipindahkan kepada Anuar Zain untuk lagu Sedetik.
Yuna sendiri mengesahkan perkara itu melalui Twitter milik beliau ketika ditanya peminat.
Alasan yang diberikan ialah kerana berlaku kesilapan dari pihak penganjur.  Bagaimanapun Mynewshub.my belum mendapat maklumat yang menghuraikan apakah kesilapan yang dimaksudkan itu.
yuna-AIM
yuna-AIM
Beberapa blog peminat Yuna juga telah menyiarkan berita berkenaan.
Pada AIM 2011 itu, Yuna turut memenangi kategori Vokal Wanita Terbaik dan Anugerah Kembara.
Lagu Penakut sebenarnya telah dijangkakan akan menjadi isu sejak ia diumumkan lagi.
Keputusan untuk menarik balik kemenangan ini menunjukkan ada beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki AIM.
Agak memalukan untuk keputusan ditarik balik buat satu anugerah yang tinggi prestijnya.
Read More...

assalamulaikum

assalamulaikum semua blogger.. korang apa kabar?? admin alhamdulillah sihat je, hari ni mak dan ayah admin balik dari mekkah(berita yang baru admin terima kepulangan mak dan ayah admin ditunda lagi ke esok sebab ada kerosakan pasawat) waaaaaa jummat pulak!!!!! sabar sabar  admin ^_^ SAYANG MAK DAN AYAH <3 I MISS MY PARENTS 


Read More...

Kung Fu Panda: Legends of Awesomeness Opening (intro) [HD]


Hear the legends of the Kung Fu Panda!
Raised in a noodle shop, never seekin' glory or fame,
He climbed a mountain top and earned the Dragon Warrior name.
Ooh! Ahh! Yaa!
Kung Fu Panda!
Master Shifu saw the warrior blossom,
And master the skills of bodacious and awesome!
Kung Fu Panda!
He lives and he trains and he fights with the Furious Five.
Protect the Valley somethin'-somethin'-somethin'-somethin' alive!
Ooh! Ahh! Yaa!
Kung Fu Panda!
Legends of Awesomeness.
[Po: Sweet!]
Read More...