4.08.2012

jangan baca tau

ASSALAMULAIKUM

AMARAN !!! Dilarang membaca artikel ini. Kenapa tajuk dia 'dilarang membaca'? Sebab saya memang tak nak korang baca artikel ni. saya beri amaran, please jangan baca entri ini. Korang FAHAM? saya yakin korang faham dengan arahan ini. So, jangan baca artikel ini...

Eh, apasal korang baca lagi. Kan saya dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan anda. saya yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan saya ni. Senang je pun. saya bukan suruh buat benda haram pun. saya cuma nak korang berhenti membaca artikel ini. Itu je...

Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul saya. Sanggup korang langgar arahan sayani. Benda simple pun tak boleh buat ke? saya cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak saya tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni?

Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? saya ulang. JANGAN BACA. Lagi sekali... JANGAN BACA ARTIKEL INI, BERHENTI SEKARANG. CUKUPLAH SAMPAI SINI...

MasyaAllah. Masih baca lagi. Tak pe lah. Nampaknya korang dah tak endahkan amaran dan arahan saya. Benda terakhir yang saya boleh buat adalah nasihatkan korang. Tolonglah ! Wahai pembaca sekalian, tolonglah berhenti membaca. Kenapa anda degil sangat? Saya merayu, BERHENTILAH sekarang... Hanya nasihat inilah yang saya boleh bagi sebagai jalan terakhir untuk halang korang daripada baca artikel ni. JANGANLAH BACA ARTIKEL NI. STOP !!!

Tengok tu. Baca lagi tu... Ish ish ish...

Kalau korang dah baca sampai sini, ketahuilah bahawa sesungguhnya korang ni memang pembaca yang degil. Sorry to say, tapi memang korang degil.

Nasib baik korang baca jugak sampai sini. Sebenarnya ada message disebalik tajuk (Dilarang Membaca Artikel Ini ) ". Gambaran tentang umat Islam zaman sekarang ni. Ramai Muslim di luar sana yang masih suka melanggar perintah Allah kan. Walaupun dah dilarang, mereka masih lagi melakukan perkara yang Allah larang. Contohnya, macam meninggalkan solat, minum arak, rasuah, riba.... Bukan hanya satu dalil yang melarang perbuatan tersebut, tapi banyak dalil dari Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak yang meyokong larang tersebut... Tapi, umat Islam memang degil...

Kalau anda perasan, ada lebih daripada sepuluh kali saya melarang korang membaca artikel ni. Tapi, korang baca jugak kan. Macam tu lah manusia. Dah dilarang banyak kali, dah dinasihat beribu kali, masih nak buat jugak. Semakin dilarang, semakin dibuat. Sifat ingin tahu itu baik untuk kemajuan diri kita, tapi jangan sampai sifat ingin tahu tersebut menjahanamkan diri kita...

Kepada pembaca sekalian... TAHNIAH saya ucapkan. Korang memang orang yang suka membaca. Bagusla tu, membaca jambatan ilmu. saya tahu korang tak bersalah. Lagipun, ada pengajaran yang hendak saya sampaikan... Cuma, kita perlu ingat, PATUHILAH perintah Allah dan RasulNya. Janganlah sesekali cuba mempertikaikan dan melanggar perintah Allah. Kelak buruk padanya. Nerakalah jawabnya.

Terima kasih bebanyak kerana sudi membaca walaupun dah dilarang. hahahahaha :D

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.