4.06.2012

Proton Preve Memang Hebat!

ASSALAMULAIKUM HAI APA KABAR SEMUA BLOGGER SEMUA


Klip pendek berkaitan model baru Proton yang dinamakan PREVE telah dimuatnaik ke Youtube pada 14 Mac lalu.
Menurut klip tersebut, PREVE akan memiliki beberapa aksesori moden seperti anti lock braking system, enjin dihidupkan dengan hanya menekan butang, 7 speed Protonic paddle shifters, electronic stability control, electronic brake distribution (EBD), auto rain sensor (pengesan hujan), auto light sensor (lampu hadapan nyala sendiri bila keadaan menjadi gelap).
Ia juga dilengkapi dengan screen sesentuh (touch screen), GPS dan sambungan internet 4G.
Mungkin ramai yang akan berkata semua itu adalah aksesori yang standard dan biasa ditemui dalam kereta Jepun atau Eropah, namun bila Proton mula memperkenalkan semuanya secara sekali gus dalam sebuah kereta yang dijanjikan hebat, maka ia memperlihatkan komitmen luar biasa syarikat berkenaan.
Seperti yang disebut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; “Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.
“Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya pada sidang media di sini Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.