5.29.2012

152 petugas UTeM terima anugerah perkhidmatan cemerlang

MELAKA: Seramai 152 petugas Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menunjukkan prestasi kerja terbaik dipilih menerima anugerah perkhidmatan cemerlang universiti itu.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata, kesemua mereka yang dipilih daripada 1,638 pencalonan itu menerima sijil perkhidmatan cemerlang dan diberi insentif wang tunai berjumlah RM1,000 seorang. 
"Anugerah ini harus dijadikan pembakar semangat dan suntikan motivasi kakitangan untuk terus meningkatkan usaha serta penghasilan kerja," katanya ketika berucap pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang universiti itu di sini, hari ini.

Beliau meminta petugas dari setiap jabatan termasuk sokongan, akademik serta pengurusan dan profesional agar meningkatkan kreativiti dan memberi komitmen tinggi untuk membawa universiti ke tahap yang seterusnya. - Bernama


Sumber : myMetro

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.