5.06.2012

Gali gua bawah reban(myMetro).

KUALA LUMPUR: Pendatang tanpa izin Indonesia sanggup melakukan apa saja untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa, termasuk menggali gua di bawah reban ayam bagi dijadikan tempat persembunyian.
Perbuatan itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Imigresen berjaya menahan seorang wanita Indonesia yang menyorok ketika serbuan di rumah kongsi di Flora Damansara, dekat sini, malam kelmarin.

Wanita yang seakan-akan hilang pertimbangan apabila meronta, menangis dan meraung meminta dilepaskan, antara 92 warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan 32 anggota Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan dan dibantu 25 anggota Rela dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM), jam 11 malam.
Dalam serbuan itu, taktik menggali lubang sebagai tempat persembunyian turut dikesan di bawah rumah kongsi dengan penghuninya berdiam diri dalam gelap jika kediaman mereka diserbu pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, James Musa Singa berkata, pihaknya melakukan intipan selama seminggu di kawasan terbabit selepas menerima aduan orang ramai.

“Pemeriksaan membabitkan 216 orang iaitu 186 lelaki, 54 wanita dan 21 pemastautin tetap sebelum menahan 92 orang yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.
“Mereka yang ditahan ialah 34 lelaki dan 13 wanita Indonesia, 40 Bangladesh dan lima Myanmar,” katanya.

James berkata, tapak rumah kongsi terbabit mempunyai lima blok kontena dua tingkat dan empat rumah kongsi kayu dengan keseluruhan 50 bilik.
“Kebanyakan mereka yang ditahan tiada permit kerja dan dibawa ke Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk tindakan lanjut.

“Kami akan berusaha menemui majikan mereka dengan mengenal pasti pemilik tapak rumah kongsi ini. Lokasi ini hanya menjadi tempat tinggal warga asing dan mereka bekerja di tapak pembinaan di sekitar Damansara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan Akta Pemerdagangan Orang (Atip),” katanya.

Beliau berkata, hasil serbuan turut mendapati ramai tidak mendaftarkan diri Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) walaupun tempoh diberikan panjang.



Sumber : myMetro

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.