5.20.2012

Pilihan selebriti Hollywood

DOMPET genggam atau lebih glamour disebut ‘clutch’, satu lagi aksesori wanita yang sememangnya cukup popular tatkala ini.
Berfungsi menggantikan beg tangan konvensional, bagaimanapun clutch direka dalam saiznya yang sederhana cukup untuk memuatkan kad, wang dan juga telefon bimbit namun masih praktikal untuk dibawa ke mana-mana. 
Biasanya, ia digayakan wanita saat menghadiri majlis makan malam dan acara keramaian. Didatangkan pelbagai bentuk, corak dan saiz, clutch juga bersesuaian untuk acara santai.

Manakala, golongan selebriti pula memilihnya untuk di gayakan di majlis-majlis penganugerahan. Di Hollywood, clutch daripada jenama Roger Vivier cukup popular, malah ramai selebriti Hollywood gemar memakainya.


Rekaannya yang penuh imaginasi dan tersendiri membuatkan sesiapapun yang memakainya berasa sangat istimewa dan sempurna penampilan mereka.


Bintang Fantastic For, Jessica Alba misalnya menggayakan clutch rekaan Roger Vivier sewaktu menghadiri ‘2012 Met Gala’. Malam itu juga malam bertuah buatnya kerana gaun keemasan rekaan Michael Kors’ yang digayakan diumumkan pakaian terbaik. 


Selain Jessica, artis Hollywood lain turut memilih clutch daripada jenama yang sama pada 2012 Met Gala itu adalah Farida Khelf dan Elettra Wiedmann.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.