5.20.2012

Tak perlu megah cerita 18SX

TIDAK dinafikan artis ini memang cantik orangnya dan selalu membuatkan sang lelaki jadi gila bayang. Malah selepas artis itu berkahwin pun, dia masih lagi nampak bergetah.
Maaflah kalau gosip SS hari ini agak berbaur ‘18SX’ namun perkara adalah untuk kebaikan artis itu sendiri. 
Bukan apa, cerita yang sampai ke telinga SS semalam memang kurang manis apabila artis wanita yang cantik dan seksi itu membuat pengakuan berani bahawa suaminya ‘hari-hari mau’ dan dia sendiri tidak pernah menolak.

Alhamdulillah, kita pun gembira kalau suami isteri hidup bahagia. Kalau sang suami selalu mahu ‘bersama’ isterinya yang sah apa yang hendak ditegah sebab itu hak mutlak mereka tapi bagi SS, perkara ini tidak perlulah dengan megah diceritakan kepada orang di sekeliling. Bercerita hal dalam kelambu kepada orang adalah perkara yang ditegah. SS sendiri tidak sanggup meletakkan namanya di sini sebab itu pun maruahnya.

Senang cakap, soal dalaman rumah tangga, biar antara kita simpan sebagai rahsia perkahwinan. Biarlah artis itu dan suami saja yang tahu. Ia bukan cerita buat album atau buat konsert.

 Bukannya apa, takut esok lusa apabila cinta pasangan itu tidak lagi sehaluan atau mulai kusam, masa itu orang akan mula mempersenda-sendakan mereka pula. 
Jadi yang akan malu nanti tentulah diri mereka sendiri. Orang hanya suka tepuk tangan.

SS juga rasa perempuan Timur tidak seharusnya bercerita hal-hal yang sebegitu kepada orang lain. Maklumlah, aset paling berharga pada wanita adalah maruah diri. Maruah itu wajar dijunjung tinggi bukan dijadikan bahan sembang di kafe.

Yang mendengar sudah pasti seronok sebab dapat cerita peribadi tapi kita harus berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.


SS: Tidak tahan melihat perempuan terlebih gatal dan terlebih gedik. Kalau dalam lakonan lainlah cerita.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.