6.06.2012

BrnPyBdk2012 cuba tgk lawak siot





SATU nafas baru buat para penggemar filem tempatan, Berani Punya Budak (BPB), arahan Afdlin Shauki menunjukkan sisi berbeza dengan filem aksi komedi yang biasa kita tonton.

Filem yang dihasilkan pada tiga tahun lalu ini sebenarnya untuk pasaran di Thailand menggunakan judul Brave, dan ia lebih ke arah filem aksi sahaja.


Namun, ia diolah semula kepada konsep alih bahasa menggunakan dialog komedi seperti yang sering ditonton pada laman Youtube.

Ternyata Afdlin begitu peka dengan trend semasa bagi memikat para penonton khususnya remaja yang sememangnya meminati konsep alih bahasa tersebut.

Mengisahkan tentang seorang lelaki dari Malaysia bernama Shuhami Abdullah atau Tong (Afdlin Shauki) dan adik iparnya Pairote (Mike B), berasal dari Thailand, mereka telah ditahan Interpol sejurus sahaja tiba di Malaysia.

Mereka disoal siasat kerana disyaki ada kaitan dengan sekumpulan gangster di Thailand. Dan kedua-dua mereka menceritakan kejadian yang berlaku di negara itu sehingga terjebak dengan kumpulan gangster itu.


Maka, eksperimen Afdlin dalam filem ini bermula apabila dikatakan hampir 90 peratus dialognya dialih bahasa menggunakan suara pengarah itu bagi menunjukkan dia bercerita tentang kejadian yang berlaku kepada dua polis interpol (lakonan Adlin Aman Ramli dan Johan [Raja Lawak]) tersebut.

Walaupun penonton akan merasa sedikit terganggu dengan jalan cerita visualnya dengan dialog yang tidak berkait, namun ia tetap mengundang tawa daripada penonton kerana dialog lucu yang digunakan itu.

Dialog yang diperkatakan seolah-olah menggambarkan apa yang terbayang di minda Tong ketika menceritakan tragedi buruk yang terjadi padanya dan Pairote.

Buat penonton yang mungkin akan keliru dengan filem ini, anda perlu tolak ketepi nilai logiknya kerana konsep BPB sememangnya dihasilkan begitu, mengarut.

Daripada sudut visualnya pula, gerak aksi yang ditonjolkan realistik disamping memiliki Mike B yang begitu tangkas dalam seni mempertahankan diri dalam BPB, filem ini dilihat kemas tanpa cacat cela, seakan-akan menyaksikan filem aksi Ong Bak (yang juga dilakonkan Mike B) versi moden. 

5 comments:

  1. kelakar tu kelakar uh..tp dipikirkan dah bayar tiket rm12 rasa cam sedih gak jalan cite die...haha..

    jemput baca review saya tentang filem ni di www.kakiwayang.com ...

    ReplyDelete
  2. Erm...cita ni kurang menarik bagi Abey sebab suara lain macam ja...tu yg tak syok tu..xda feel org kata. Huhu

    ReplyDelete
  3. saya lek suka sangat mmg lawak siot la

    ReplyDelete
  4. cerita nie best kalu suara latar tu bersuaian dengan orangnya... semua suara adlin jaa.. jalan cerita best dah...

    ReplyDelete
  5. @Kotak Mancis : betul apa yang awak kata tu saya sokong

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.