7.15.2012

Ada Pengarah Drama Berlagak Islamik Nak ‘Makan’ Aktres, Dakwa Along Kamaludin

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS


Bukan perkara baru dalam dunia hiburan Malaysia kalau kisah pengarah yang suka ‘makan’ pelakon yang baru sahaja hendak bertapak. Fenomena yang membimbangkan.
Gossip kali ini menariknya datang terus daripada seorang anak seni yang terlibat secara langsung dengan dunia belakang tabir produksi iaitu Along Kamaludin.
Tetapi ini bukanlah kisah diri beliau walaupun bergelar seorang pengarah. Dalam tulisan beliau melalui akaun Facebook, Along Kamaludin berkongsi kisah kotor seorang pengarah lain.
Khabarnya, seorang pengarah ini gemar memberikan ceramah agama kepada mana mana aktress yang baru hendak bermula dan ramai pelakon menghormati caranya itu.
Namun satu malam, pengarah ini dikatakan telah berusaha ‘memancing’ seorang aktress baru dengan ayat ayat manis beliau dengan tujuan yang tidak baik.
Ketika semua orang sedang tidur, pengarah ini telah masuk ke bilik tidur aktress baru itu secara senyap senyap dan terus membaringkan diri rapat dengan aktress tersebut lantas membisikkan “…nak tak?” ke telinga aktress yang sedang tidur itu — memberi hint tentang kemahuan seksual pengarah itu.
Aktress itu yang terjaga dan terkejut dengan kehadiran pengarah itu lantas menjerit dan membuatkan pengarah itu lari lintang pukang dan khabarnya terjun tingkap bilik tidur tersebut! (Rotikaya.com)


Nota Tapak Kaki : Pulak Hmmmmmm
 


No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.