7.16.2012

Adi Putra Bakal Raya Tanpa Isteri?

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS


KUALA LUMPUR – Pelakon kacak yang  digilai ramai wanita, Mohamed Hadi Putera Halim, 31, atau lebih dikenali dengan panggilan Adi Putra mengakui bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini tanpa isterinya di sisi.
Semuanya kerana Adi Putra akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah buat kali ketiga pada bulan Ogos depan dan menyambut hari raya di sana.
Menerusi akhbar Mega Hits, Adi Putra berkata, dia tidak sabar untuk berkunjung ke Mekah sekali lagi untuk merasai nikmat Ramadhan di sana.
Jejaka yang juga hero filem Aku Terima Nikahnya itu memberitahu dia tidak membawa isterinya, Zuhaida Yusof, 37, untuk umrah kali ini kerana isterinya itu sudah kehabisan cuti.
“Kali ini saya pergi umrah tanpa isteri. Bukan tak nak bawa tapi dia tidak dapat ikut kerana cuti dah habis. Sebenarnya kami rancang untuk pergi berdua pada Februari tahun depan.
“Pemergian saya pada 6 Ogos ini bersama syarikat Zahafiz Travel & Tour. Saya tidak sabar untuk merasai suasana Ramadhan dan beraya di sana. Sehari selepas raya, barulah saya kembali ke sini,” kata Adi Putera.
Dalam perjalanan seninya, Adi Putera berasa terharu kerana peminat-peminatnya telah menubuhkan kelab tanda sokongan padu kepada dirinya.
Adi Putera telah digelarkan sebagai ‘hotlovers’ oleh para peminatnya.
Justeru itu, Adi Putra akan bertemu dengan peminat-peminat dalam kelabnya itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Julai nanti.
“Bagi saya peminat ibarat ahli keluarga dan pada hari berkenaan saya akan mendendangkan beberapa buah lagu yang pernah saya nyanyi untuk drama.
“Saya mahu majlis ulang tahun pertama kelab Adi Putra ini dirai secara santai agar dapat mendampingi setiap yang hadir,” katanya.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.