7.12.2012

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Rumah Kosong

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS


GEORGE TOWN — Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di sebuah rumah kosong di Lorong Kulit di sini hari ini.
Bayi yang dipercayai baru berusia seminggu itu ditemui oleh pengembala lembu pada pukul 1.25 petang.
Jeffri Sabaruddin, 27, yang menemui bayi itu, berkata, beliau yang ingin memeriksa rumah lama milik keluarganya itu terlihat seorang wanita meninggalkan rumah kosong itu secara tergesa-gesa.
“Keadaannya mencurigakan, dia terus lari dan naik bas yang kebetulan lalu di situ apabila nampak saya mengekorinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jeffri berkata, beliau menemui bayi yang lengkap berpakaian itu apabila masuk ke rumah berkenaan.— BERNAMA


Nota Tapak Kaki : tak perikemanusiaan betul la siapa yang buat ni 

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.