7.08.2012

comel tak saya ni

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS





Minggu Kesedaran Panda di London Unik


Idea untuk menyambut Minggu Kesedaran Panda di Britain menjadi sesuatu program yang sangat unik.
Ini kerana, setiap peserta persembahan memakai kostum panda dan menari di kawasan terbuka dengan koreografi gerakan Tai Chi.
Panda merupakan salah satu haiwan terancam di dunia apabila purata kira-kira 1,600 ekor panda yang masih bernyawa di muka bumi ini.
Antara punca kepupusan haiwan tersebut adalah disebabkan oleh kehilangan habitat mereka.
Pada masa yang sama, pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan semula populasi panda di pusat-pusat pembiakan seperti yang diusahakan oleh Pusat Panda Chengduu, China.
Pusat pembiakan itu pada mulanya hanya memiliki enam ekor panda, namun bilangannya mulai bertambah.
Kini, pusat itu mempunyai 108 ekor panda dan itulah jumlah peserta persembahan yang terlibat dalam kempen kesedaran yang berlangsung di Trafalgar Square, London.
Ramai pengunjung tertarik melihat gelagat peserta-peserta permsebahan yang berjaya memukau penonton di situ minggu lalu.
“Panda adalah haiwan yang sukar dibiakkan dalam kawasan buatan, namun fasiliti yang ada diChengdu berjaya mengatasi masalah itu.
“Kini, pusat pembiakan dan penternakan panda telah dibina anggaran sekitar 400 pusat diseluruh pelusuk dunia,” kata Nigel Marven, pakar konservasi dan duta Pusat Pembiakan Panda Chengdu.
Ujarnya, panda-panda yang dibiakkan sudah mula mengenali alam dan habitat kehidupan asal mereka.
Dalam meningkatkan usaha dalam menimbulkan kesedaran kepada masyarakat, Marven dan para sukarelawan yang lain turut terlibat dalam mengumpul tandatangan sokongan serta memberi pendidikan dan kesedaran kepada warga London berkenaan panda dan isu konservasi.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.