7.06.2012

Housing Gadget’ Melalui Popmycase

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS

Tadi saya ada la Google. Ada satu site yang betul betul buat saya tertarik, cuba baca ini


KUALA LUMPUR -  Terdapat banyak cara untuk meluahkan perasaan dan bakat terpendam, namun kalau anda boleh paparkan kreativiti anda ke mana sahaja anda pergi, tentu ia lebih menarik, bukan?
Popmycase, sebuah anak syarikat popmyberry Group yang mengkhususkan rekaan dan pengubahsuaian kasing telefon bimbit mengumumkan pelancaran aplikasi pengubahsuaian rekaan kasing untuk iPhone, iPad, Blackberry dan Samsung di sini semalam.
Pengguna boleh mereka sendiri kasing dengan memuat turun gambar kegemaran mereka dari komputer, telefon pintar, tablet, Instagram dan sebagainya ke laman web rasminya http://www.popmycase.com
Aplikasi di dalam laman web ini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengguna untuk menukar saiz imej, mengubah kedudukan, menambah warna dan meletakkan ayat-ayat ceria untuk rekaan kasing.Lebih menarik lagi, popmycase juga bekerjasama dengan selebriti dan artis grafik tempatan dan negara jiran.Peminat-peminat Amy Search, Bunkface, Nini Marini, Orkibal, Kukubesi, Art Tech, Spoonman dan Shieko boleh mendapatkan hasil seni mereka untuk rekaan kasing yang unik dan bergaya.
Tambahan pula, mereka boleh menggunakan dan menghasilkan sendiri rekaan kasing dengan menggunakan hasil seni artis-artis ini.
“Setakat ini, fokus popmycase adalah menawarkan pelbagai pilihan corak dan rekaan untuk pengguna yang mahukan rekaan kasing gajet mudah alih.
“Kami memahami kehendak mereka yang mahukan sesuatu yang baru, unik dan inovatif dalam rekaan kasing.
“Hasil kreatif artis sekarang boleh dimanifestasikan  dalam satu rekaan kasing yang lain daripada yang lain,” ujar Edi Yuzri, Pengurus Besar popmyberry Group.
Pengubahsuaian rekaan kasing adalah semudah 1-2-3.Pengguna perlu memilih model gajet, kemudian memuat turun imej daripada komputer atau pilih hasil seni artis.Setelah itu, imej perlu diubahsuai pada kanvas kosong yang menyerupai ukuran sebenar bahagian belakang model gajet yang dipilih.
Hasil rekaan yang telah siap boleh ditempah untuk dicetak pada kasing gajet tersebut.
“Apa yang membuatkan popmycase eksklusif adalah kualiti cetakan yang memaparkan warna sebenar pada kasing selain dari tahan lasak, ringan, fleksibel dan memberi perlindungan pada gajet.
Selain itu, mereka menggunakan teknologi pencetakan 3-D resolusi tinggi dengan kaedah terkini pemindahan haba yang dipanggil ‘ink-embedded process’ yang akan menghasilkan rekaan dengan imej yang sangat jelas dan tidak mudah pudar.
Kasing pra-rekaan boleh didapati dari RM 98 manakala kasing dengan pengubahsuaian rekaan  boleh didapati dari RM 128.
Rekaan kasing yang ditempah akan sampai dalam 2-3 hari bekerja untuk tempahan dari seluruh Malaysia manakala tempahan luar negara akan sampai dalam 5-7 hari bekerja.
Popmycase boleh didapati di www.popmycase.com . Untuk maklumat lanjut mengenai pomycase, hubungi             +603-55110441       atau email ke info@popmycase.com.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.