7.16.2012

Kumpulan Bersenjata Rogol 7 Remaja Di Kem Agama

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS


MEXICO CITY – Sekumpulan penyerang bersenjata menyerang pusat agama untuk remaja di luar bandar ini, merogol tujuh remaja perempuan bawah umur, memukul dan merompak penghuni yang lain.
Kenyataan Pejabat Pendakwa Raya berkata, serangan itu yang berlaku Khamis lalu, mensasarkan kem agama remaja yang terletak di Taman Colibri di luar bandar Mexico.
Kata pegawai, kira-kira 90 remaja lelaki dan perempuan berkhemah di situ, untuk beribadah dan belajar agama.
Penyerang, iaitu berpuluh-puluh individu bersenjata, “menyerang secara seksual tujuh remaja perempuan bawah umur dan memukul beberapa orang yang lain,” kata kenyataan itu.
Mereka mengambil barang berharga termasuk jam tangan, barang kemas dan telefon bimbit. – AFP

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.