7.09.2012

Mak Ungku, Azah Aziz Meninggal Dunia

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS


KUALA LUMPUR – Tokoh budayawan yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz, Azah Aziz hari ini meninggal dunia di sini.
Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz meninggal dunia pada usia 84, lapor Utusan Malaysia.
Sementara itu UMNO Online memberitahu, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Allahyarham.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

1 comment:

  1. Al-Fatihah... smoga rohnya di cucuri rahmat...

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.