7.14.2012

Subhanallah Kebesaran Allah

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS


Ada seorang saintis wanita kafir membuat kajian tentang sejenis kuman yang terdapat pada badan babi. Beliau mencari formula terbaik untuk membunuh kuman tersebut. Pelbagai kaedah dan bahan yang telah digunakan namun tidak jua berjaya.

Dengan izin Allah entah macam mana, bekas yang mengandungi kuman tersebut terjatuh ke tanah. Beliau terus memeriksa kuman tersebut samada masih dalam keadaan seperti asal. Beliau terkejut kerana kuman tersebut telahpun mati.

Beliaupun mengkaji bagaimana dan apakah yang menyebabkan kuman tersebut mati. Akhirnya, ternyatalah bahawa debu-debu tanah yang mengenai kuman tersebut adalah puncanya.

Sangat bersyukurlah beliau kerana berjaya menemui kaedah membunuh kuman tersebut kerana ia telah menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya dan telah berada pada tahap yang membimbangkan pada ketika itu.

Rentetan peristiwa itu, beliau mengkaji sendiri dari pelbagai sumber mencari agama mana yang ada menyentuh tentang najis babi ini.

Akhirnya beliau memeluk Islam kerana hanya dalam agama Islam ada menyatakan kedudukan babi serta cara mensucikan diri daripadanya bertepatan dengan penemuan beliau tadi.



1 comment:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.