7.08.2012

Wanita Menyanyi Diarah Keluar

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS


New York – Seorang wanita terpaksa dibawa keluar secara paksa oleh polis daripada sebuah pesawat selepas dia enggan berhenti menyanyi.
Kejadian berlaku ketika penerbangan itu hampir berlepas daripada Lapangan Terbang John F. Kennedy di New York.
Marsha Ballantyne, dari Florida, mula menyanyi dengan suara yang lantang.
Biarpun telah beberapa kali diminta supaya memperlahankan suaranya oleh kakitangan Caribbean Airlines Flight BW501, namun dia tidak mengendahkan.
Sebaliknya wanita berusia 32 tahun itu terus menyanyi menyebabkan gangguan kepada penumpang pesawat yang dijadualkan terbang ke Trinidad dan Tobago.
Meskipun juruterbang, Christopher Addington telah membawa pesawat menuju ke landasan, namun dia kemudiannya diarahkan berpatah balik, semata-mata kerana wanita itu enggan berhenti menyanyi.
Berikutan itu, polis terpaksa dipanggil dan mereka kemudiannya memasuki pesawat itu sebelum memaksa wanita tersebut keluar ke terminal penerbangan.
Tiada dakwaan dikenakan ke atasnya namun tidak diketahui lagu apakah yang menjadi pilihannya sehingga dikatakan mengganggu penumpang di dalam pesawat berkenaan.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.