8.02.2012

Wajah Anak Comel

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS

Wajah Anak Yang Kehilangan Ibu-bapa Di Pagi Ramadan


Di atas adalah gambar kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat semalam.
Kanak-kanak kecil ini bernama Mohd Hanif Hafezee dan baru berumur 2 tahun.
Sepatutnya raya tahun ini lagi seronok untuk Hanif kerana dia sepatutnya menerima seorang adik baru.
Namun, takdir Allah SWT tidak boleh diketepikan. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya.
Pagi semalam, dalam sekelip mata, adik Hanif menjadi yatim piatu. Dia kehilangan kedua ibubapa dan adik yang masih dalam kandungan ibunya.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, bapanya, Hafeeze Mohd Hanafi, 30, dan ibunya, Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.
Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.
Adik Hanif kini dijaga di Melaka oleh neneknya.
Wajah Anak Yang Kehilangan Ibu-bapa Di Pagi Ramadan
Gambar: Ondscene.my
Kisah kemalangan boleh di baca di sini (klik)

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.