9.04.2012

Tidur di sisi ayah

ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS
 
Maaf berita ni saya baru tahu so saya pun cari la dalam myMetro Alhamdulillah jumpa


"DUNGUN: “Sepanjang pulang bercuti arwah setiap masa tidur di sisi kami berdua dan kami tidak menyangka perbuatan peliknya itu adalah yang terakhirnya buat kami,” kata Rokayah Mohd, 61, selepas anak bongsunya Hanisah Muhd Shah, 22, terbunuh dalam kemalangan di Moscow, Russia, semalam.
Rokayah berkata, anaknya itu pulang bercuti selama dua bulan dan menyambut hari raya bersama keluarga. Dia berkata, suaminya, Muhd Shah Salleh, 62, serta tiga lagi anaknya Nurhazirah, 31, Fakrulrazi, 29, dan Khairul Izudin, 26, baru saja sampai ke Dungun selepas menghantar arwah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

“Sebaik saja arwah terbang dari KLIA jam 3 pagi, kelmarin, saya dan suami serta anak-anak bertolak pulang ke Dungun dan pagi ini kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang mengorbankan arwah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, di sini, semalam.
Menurutnya, dia ada menerima SMS daripada arwah memaklumkan sudah sampai di Lapangan Terbang di Nizhy, Russia jam 6.30 petang waktu tempatan.

“Arwah menaiki van bersama enam lagi rakan dan dia memberitahu perjalanan ke universitinya di Moscow mengambil masa tujuh jam dan ketika dalam perjalanan itu dia terbabit kemalangan,” katanya.

Rokayah berkata, ketika berada di dapur jam 10 pagi, dia menerima kunjungan pegawai dari Pejabat Mara Dungun dan sebaik pegawai itu memperkenalkan diri hati terdetik memberitahu anaknya kemalangan.
“Belum sempat dia memberitahu saya terdetik di hati dia mendapat kemalangan dan ketika itu saya rasa sangat sedih sebelum berpegang kepada suami di sebelah kerana berasa bagaikan pitam,” katanya".










NotaTapak Kaki : Al Fatihah Untuk Arwah 






No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.