10.11.2012

:( sad story

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Seorang doktar bergegas ke hospital
setelah menerima panggilan untuk
pembedahan emergency. Beliau menukar
baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau
nampak bapa budak sedang bermundar-
mandir di bilik tersebut menunggu
kehadiran doktor.
Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit :
“Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu
nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor
tak de rasa sebarang tanggungjawab?”
Doktor tersebut tersenyum dan
menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya
tiada di hospital dan saya telah datang
secepat mungkin… sekarang saya perlu
saudara bertenang supaya saya boleh
melakukan kerja saya.”
“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan
kalau anak doktor yang di dalam sana!!!!
BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA
ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK
BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.
Doktor tersebut bersenyum dan berkata :
“Saya akan berpegang pada ajaran Islam -
dari tanah kita datang kepada tanah kita
dikembalikan… Doktor tidak boleh
memanjangkan umur, hanya Allah boleh.
Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami
akan cuba lakukan yang terbaik.
InshaAllah.”
Bapa itu masih tidak berpuas hati dan
berbisik pada hati : “Mudah bercakap
nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”
Pembedahan itu mengambil masa
beberapa jam… doktor keluar dengan
senyuman lebar dan ceria.
“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”
Tapi tanpa mendengar jawapan bapa
tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-
apa tanya jururawat saya.”
Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah
doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke
tunggu dua tiga minit untuk berbincang
mengenai keadaan anak saya?” kata bapa
itu ke jururawat…
Jururawat itu tiba-tiba menangis dan
berkata, “Anak doktor Hisham meninggal
semalam… accident… beliau tadi di majlis
perkebumian ketika kami menelefon beliau
untuk membedah anak encik. Selepas
habis bedah, doktor kena gegas untuk balik
mengebumikan anaknya.”
Bapa budak tu tersengam.
Manusia biasa melihat atas, melihat bawah,
melihat kiri dan kanan… ada pula yang
pandai melihat dari atas dan melihat dari
bawah terhadap sesuatu perkara….
Tapi mereka sering terlupa untuk melihat
diri sendiri.
Adakah anda seorang daripadanya?

sila share ikhlas daripada fanpage Cupcakes Comel

1 comment:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.