4.23.2013

ketagih iPad

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO




Gajet elektronik seperti komputer tablet dan telefon pintar, boleh menyebabkan kanak-kanak ketagih, sekali gus mengubah perlakuan mereka menjadi individu yang gemar memberontak. - Agensi
LONDON 22 April - Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik.
Pakar psikiatri yang merawatnya, Dr. Richard Graham dari Klinik Capio Nightingale di London berkata, kanak-kanak itu merupakan satu daripada sejumlah 'pesakit' daripada golongan itu, yang menunjukkan sikap memberontak selepas menggunakan peralatan tersebut sejak kecil.
Dr. Graham berkata, kanak-kanak itu ketagih permainan video dalam iPad dan menunjukkan simptom mengamuk apabila peralatan tersebut diambil daripadanya.
Menurut beliau, kanak-kanak di tenggara England yang tidak didedahkan identitinya itu, ketagih permainan tersebut sejak berumur tiga tahun.
Sehubungan itu, Dr. Graham menyarankan ibu bapa kanak-kanak itu supaya segera merawat anak mereka, kerana seandainya menunggu sehingga dia berusia 11 tahun, masalah itu akan menjadi teruk dan kanak-kanak tersebut mungkin memerlukan rawatan jangka panjang.
"Ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak-anak bermain iPad kerana mereka mudah tertarik dengan permainan video dalam gajet itu.
"Apabila kanak-kanak tadi sudah ketagih, mereka akan memberontak dan sikap mereka sukar dikawal sekiranya tidak diberi bermain gajet itu," katanya.
Menurutnya, terdapat kanak-kanak yang menghabiskan masa selama 36 jam untuk bermain gajet elektronik dan membuka sehingga 20 akaun Facebook.
Satu tinjauan terkini mendedahkan, lebih daripada separuh ibu bapa di England membiarkan anak kecil mereka menggunakan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar, sementara satu daripada tujuh ibu bapa membenarkan mereka menggunakan peralatan tersebut selama empat jam sehari.
Sebanyak 50 peratus ibu bapa mengakui, membelikan anak-anak mereka peralatan digital, manakala sebanyak 81 peratus ibu bapa percaya anak mereka akan leka apabila bermain dengan permainan tersebut dan memudahkan mereka melakukan kerja-kerja lain.
Klinik Dr. Graham mengenakan bayaran sebanyak 16,000 pound (RM74,000) untuk rawatan 'program menyahtoksik peralatan digital' bagi menjauhkan kanak-kanak dengan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130423/lu_08/Budak-perempuan-ketagih-iPad#ixzz2RGiaUJrc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.