5.02.2013

Badan dah lali

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO
Hmmm badan ni dah lali dengan ubat. Ubat yang boleh tidur pun dah tak berkesan pada mata saya ni dah pukul 12:37 tengah malam ni pun tak nak tidur lagi selalunya makan ubat terus tidur ni makan ubat pun tak jadi apa.. Tu pasal la boleh tulis blog ni kan. Datang malam je ada la nak tulis sesuatu.. Sebenarnya saya ni lapar.. Tu buat saya tak boleh tidur tu... Untuk maklumat semua demam saya belum sembuh lagi tapi dah beransur baik Alhamdulillah.. Panas badan pun dah berkurang,batuk pun dah kurang selesema pun dah berkurangan pokoknya saya ni beransur baik sama dengan pakcik saya yang kena strok tu dia pun dah boleh bercakap boleh duduk dan boleh bergerak dengan bantuan tongkat kaki 4 tu pun syukur Alhamdulillah lah saya esok nak pergi tengok dia dan pergi ke rumah saudara yang ada kat sini lepas tu sabtu balik Kedah balik untuk mengundi haha bercakap pasal mengundi saya ada tengok dan baca kat blog yang Saifu tu buat video yang dia bersumpah laknat dekat depan Kabbah kot dia ni tak takut ke yang kalau tak benar sumpah dia tu kena laknat dengan Allah sampai hari kiamat tu kot lagi satu video dia tu macam edit je saya tengok. Edit sacara terang terangan kot.. Apa apa pun tu andaian saya sahaja mungkin dia memang betul la ada depan pintu Kabbah nak buat macam mana lagipun itu urusan dia dengan Allah kita tak ada hak nak kata dia macam tu semua kembali padaNya Dia yang lebih mengtahuinya apa yang berlaku pada dia dan keluarga dia.. Lagi pun saya tak nak ambil tahu tentang politik ni walaipun saya dah boleh mengundi... Undi tu kan hak kita, undi tu kat rahsia, nak bagitahu semua orang buat apa yang kita undi siapa tu kita dengan Allah je yang tahu...  Sebelum ni apa nak jadi, jadilah kalilah jadi pun jadilah... Dah la pasal politik ni dah muak bahas pasal ni sikit kata dia betul, sikit kata dia salah. Jadi mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Sikit tuduh dia tu buat, sikit tuduh dia ni buat apa nak jadi dengan kita siap bergaduh sesama keluarga ini tak patut terjadi dalam kalangan keluarga pasal politik pun nak bergaduh ke macam budak budak yang nak kan cokolat dia ni dapat yang sorang lagi tak dapat lagi pun kita ni dah matang dari segi pemikiran dan tingkah laku kita..... Apa apa pun saya dah muak dengan semua ini saya rasalah biar negara ni pecah dua satu bagi kat kerajaan satu lagi bagi kat penbangkang pastu korang takbirlah negara ikut cara korang sendiri okay dah selesai kan. Kan senang tak payah ada pilihan raya, pilihan rayalah sangat... Haha....  Saya bukan nak kutuk ke apa tapi ini padangan saya terhadap politik negara ini.biarlah hanya Allah sahaja yang membalasnya dia buat baik dibalas baik, dia buat jahat dibalas jahat... Dah la dah pukul 1:18 pagi dah ni saya kena tidur untuk rehat okay nantu kita sambung lagi la by the way saya akan update status pilihan raya nanti(saja nak tahu siapa menang siapa kalah) yang kalah jangan nangis dan yang menang tu janganlah terlalu gembira sebab kamu pemimpin dosa pemimpin tu berat tau jangan terlalu memikirkqn hal dunia sahaja fikir hal akhirat jua okay salam sayang saya diwaktu pagi ni saya sudahi dengan Assalamulaikum dan selamat mengundi....

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.