6.30.2013

Benjy kena tahan lagi kerana dadah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Ramai peminat dunia hiburan Malaysia semalam terkejut dengan berita penahanan Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim untuk kali kedua berkaitan salah guna dadah.
Benjy telah di’bawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan ketika berjalan berhadapan sekumpulan jurugambar, pelakon ini telah bertindak agresif.
Anak dramatis veteran Azean Irdawaty itu mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa jurugambar dari merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum bertukar agresif.
Laporan Utusan Malaysia menyebut yang Benjy telah bertindak menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.
Benjy telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.



No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.