6.30.2013

Lelaki Bunuh Budak Sekolah Dibakar Hidup-Hidup

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Melayukini.net – Ngeri! Lelaki Bunuh Budak Sekolah Dibakar Hidup-Hidup | Kejadian ini bukanlah berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di luar negara. Kejadian bermula apabila satu kumpulan perusuh telah membalas dendam terhadap seorang lelaki yang dikatakan telah membunuh dua kanak-kanak di sebuah sekolah rendah. Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla berkata, lelaki mabuk yang dikenali sebagai Julio Saquil itu telah menceroboh masuk ke sekolah di Tactic, Alta Verapaz, di utara negara itu sebelum menyembelih dua kanak-kanak dengan sebilah parang.
Bonilla berkata, sekumpulan perusuh kemudian membawa Saquil, 35, ke halaman sekolah itu dan membakarnya hingga mati.“Dia berjalan masuk ke dalam sebuah kelas dan mula menyerang pelajar. Dia memenggal kepala seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dan menyembelih seorang murid perempuan berusia lapan tahun dengan parang,” kata anggota bomba Tactic, Wilson Cahuec.
Pihak berkuasa tempatan berkata, Saquil mempunyai sejarah terbabit dengan masalah dadah dan keganasan, tetapi mereka belum dapat mengenal pasti motif serangannya. Pihak berkuasa mengenal pasti murid yang mati itu sebagai Evelyn Yanisa Saquij Bin, 8, dan Juan Armando Coy Cal, 13.Mayat kanak-kanak itu mempunyai kesan kecederaan yang cuba mempertahankan diri.
Sementara itu, Fox News melaporkan kumpulan perusuh terbabit terdiri daripada guru-guru dan penduduk tempatan.Hukuman tanpa perbicaraan bukan satu perkara luar biasa di Guatemala di mana bilangan polis agak kurang.Agensi hak asasi kemanusiaan negara itu pula berkata, 234 percubaan menghukum bunuh tanpa bicara berlaku tahun lalu dan sekurang-kurangnya 40 orang maut.
Ekoran perbuatan ganas itu, ketegangan semakin berleluasa di kawasan kejiranan tempatan yang mula bertindak melakukan hukuman sendiri. Baru-baru ini, empat lelaki yang disyaki mencuri ditangkap dan dibelasah oleh penduduk yang berang. Mereka menganggap kaedah hukuman yang dilakukan mereka lebih sesuai berbanding undang-undang pihak berkuasa.
Melayukini.net - Itulah balasan yanbg diterima oleh lelaki tersebut yang bertindak tiba-tiba membunuh pelajar di sekolah tersebut. Situasi ini juga ada berlaku di Malaysia yang mana apabila kita berjaya menangkap peragut pada ketika itu juga, orang awam akan bertindak membelasah sehingga ‘lembik’, barulah diserahkan kepada pihak polis. Biasalah, siapa yang tidak marah jika kes jenayah berlaku di hadapan mata kita.


No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.