6.19.2013

putus tunang

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Lewat malam tadi ada kami laporkan yang desas desus mengatakan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri telah putus tunang dan laporan akhbar hari ini mengesahkan perkara tersebut.
Laporan Berita Harian hari ini menyebut ibu bapa Redzwani Puteri telah berkunjung ke rumah keluarga Shahz Jaszle pada 10 Jun 2013 lalu untuk memulangkan dua bentuk cincin sebagai tanda putus tunang.
“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shahz. Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shahz lagi”
“Hubungan itu diputuskan selepas keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan oleh Shahz kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dia ditangkap khalwat,” ujar wakil keluarga Redzwani Puteri.
“Selama ini kami berdiam diri dengan harapan Shahz akan berterus terang mengenai status sebenarnya namun dia tidak berbuat demikian & peminat mula melemparkan kata kata kurang enak kepada Redzwani”
“Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, tetapi dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri dan apabila ditanya mengenai huungannya dengan Shahz, dia akan menangis”
Wakil keluarga Redzwani Puteri juga menyangkal dakwaan yang mengatakan Shahz Jaszle terpaksa bertunang sebaliknya mereka memang suka sama suka, jika tidak masakan majlis pertunangan di’sambut secara besar besaran di rumah keluarga pihak perempuan.


No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.