7.20.2013

Subhanallah! Saintis Temui Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO



Setiap hari kita sering disarankan agar sentiasa berkelakuan baik, sopan apabila berada di mana-mana tempat. Apabila kita berkelakuan baik, secara tidak langsung kita menggambarkan tentang akhlak kita. Namun percayakah anda, dalam otak kita sebenarnya terdapat satu bahagian yang dinamakan bahagian ‘jahat’ yang mana ia terkandung tingkah laku yang negatif.

Dr. Gerhard Roth
Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

“Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama,” jelasnya lagi.

...........di dalam al-Quran disebut “Nasiyyahtin kazibatin khati’ah” maksudnya “Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah”.. Jika benar penemuan ini, ianya adalah ‘i’jaz al-quran’ yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.



1 comment:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.