9.25.2013

Ustaz Azizan Telah Meninggal Dunia 11.10 Pagi ini

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO



Pengundi Pas Kedah
Dukacita dimaklumkan bahawa Ust Azizan telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini, 26/9/2013...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan beliau di kalangan mereka yg berjihad pada jalan Nya

Ibnu Al-Khams
Info TERKINI ;
Jenazah ustaz Azizan berkemungkinan akan disimpan di Muassasah Darul Ulum, sekarang masih dalam mesyuarat dengan waris dan juga pimpinan PAS Kedah jam berapa akan disimpan. InsyaAllah maklumat terbaru akan dimaklum kemudian..

 Seluruh warga Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kembalinya beliau ke rahmatullah.

“Sesungguhnya kami mendoakan roh beliau akan tergolong bersama golongan siddiqin, solehin dan para mujahidin,” ujar Presiden Mapim dan Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Baginya, pemergian Ustaz Azizan adalah suatu kehilangan yang besar bukan sahaja buat rakyat Kedah malah seluruh negara, bahkan beliau seorang tokoh ilmuan dan ulama gerakan Islam yang akan menjadi teladan kepada banyak kalangan pencinta Islam.

“Kami kagum dengan keupayaannya dan jasanya berkhidmat kepada rakyat menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan warga Kedah ketika beliau memegang amanah sebagai Menteri Besar,” katanya lagi.

Mohd Azmi menambah, sebagai ilmuan, ulama dan ahli politik, tidak dapat dinafikan khidmat cemerlang Ustaz Azizan memikul amanah mentadbir negeri Kedah yang mengutamakan ilmu dan kebajikan rakyat yang terpinggir.

“Ketika beliau menjadi ketua pentadbir negeri Kedah polisinya jelas mendahulukan rakyat dan sangat menekankan soal pendidikan Islam. Jasa beliau mewujudkan Kolej Universiti Insaniah amat dikagumi,” katanya.

Tambahnya, ternyata Ustaz Azizan telah menunjukkan kebolehan memimpin dengan teladan seorang pemimpin yang sederhana bukan sahaja dalam cara memimpin malah juga dalam kehidupannya sendiri. 

Beliau berkata, Ustaz Azizan tidak menunjukkan kemewahan hidup sebagai MB malah terus hidup di rumahnya sendiri di Alor Setar seperti rakyat biasa.

“Takziah juga kami sampaikan kepada seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang pemimpin yang ulung dan akan terakam sebagai ahli yang sangat besar sumbangannya kepada perjuangan parti Islam. 

“Moga segala contoh kepimpinannya dapat memberi inspirasi kepada seluruh perjuangan pencinta Islam dalam parti PAS yang menjadi wadah perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.







Sumber dari : http://pkrl.blogspot.com/2013/09/ustaz-azizan-telah-meninggal-dunia-1110.html











Nota Tapak Kaki : Takziah Buat Keluarga Arwah..... Al Fatihah.......

1 comment:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.