11.10.2013

Ahmad Busu meninggal dunia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas Maghrib pada Ahad.

Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Berita kematian beliau tersebar twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian

pelakon komedi ini.

Sebelum itu, PAS Selangor turut memaklumkan berita pemergian pelakon komedi veteran ini.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Allahyarham adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.