11.30.2013

Fast & Furious actor Paul Walker dies in California car crash

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Wreckage of Porsche sports car that crashed into a lamp post in Valencia, Los Angeles. 30 Nov 2013
A statement on his Facebook page said Walker, 40, had been a passenger in a friend's car which crashed north of Los Angeles.
He was said to be attending a charity event at the time.
He starred in The Fast and The Furious in 2001 and featured in the sixth film in the franchise which opened in May.
Walker also starred in the suspense drama Hours, a movie that is set for release this month.
The Los Angeles County Sheriff's department said the crash happened in the community of Valencia.
It said deputies found a car engulfed in flames when they responded to a report of a collision. Two people found in the car were pronounced dead at the scene.
Images showed the burned-out wreckage of a red Porsche sports car by the side of the road.
"It is with a truly heavy heart that we must confirm that Paul Walker passed away today in a tragic car accident while attending a charity event for his organisation Reach Out Worldwide," the statement on the actor's Facebook page said.
"He was a passenger in a friend's car, in which both lost their lives. We... are stunned and saddened beyond belief by this news.''
Universal Pictures also issued a statement, saying studio staff were "heartbroken" by Walker's death.
"Paul was truly one of the most beloved and respected members of our studio family for 14 years, and this loss is devastating to us, to everyone involved with the Fast & Furious films, and to countless fans.
"We send our deepest and most sincere condolences to Paul's family."
Walker was best known for his role as undercover agent Brian O'Connor in the Fast & Furious movies.
He was one of the leading protagonists along with Vin Diesel and Michelle Rodriguez.
Wreckage of Porsche sports car that crashed into a lamp post in Valencia, Los Angeles. 30 Nov 2013

Read More...

Christina Perri Jar of Hearts



BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUMHELLO
Read More...

11.27.2013

Cerita Sebenar Disebalik Penceraian Pasangan Kawin Muda

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Cerita Sebenar Disebalik Penceraian Pasangan Kawin Muda Nikah Usia 13 tahun - Kulim : Impian seorang remaja perempuan yang menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda untuk mengecapi kebahagiaan alam perkahwinan seumur hidup berakhir apabila ikatan pasangan suami isteri berkenaan terlerai dipercayai akibat tidak sehaluan.
Nor Fazira Saad, 13, dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias, 20, pada 17 November tahun lalu sebelum pasangan berkenaan disahkan bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, di sini, pada 11 November lalu iaitu kurang setahun hubungan mereka disatukan.
Bapa kepada Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, walaupun pahit menerima kenyataan berkenaan, namun dia menerima keputusan dibuat pasangan terbabit dengan hati tenang dan menganggap bukan jodoh mereka untuk mengekalkan alam perkahwinan.
Menurutnya, apa yang berlaku mungkin suratan takdir atas ketentuan Allah dan semua kejadian pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.
Bagaimanapun, dia mengakui tidak mengetahui punca sebenar membawa keretakan rumah tangga mereka, malah tidak mahu mengambil tahu perkara yang sudah terjadi.
“Siapa yang tidak sayang anak apabila terjadi perkara sebegini terutama dalam usia masih muda, namun saya berpesan kepada Fazira supaya sentiasa tabahkan hati kerana usianya masih muda dan banyak yang dia perlu pelajari.
“Kejadian ini memberi pengajaran kepada anak saya. Bukan perkara mudah mendirikan rumah tangga terutama ketika usianya masih terlalu muda.
“Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib menimpa dirinya, tetapi saya meletakkan dia tinggal bersama ibu saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang dan sentiasa berfikir dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang.
Katanya, dia sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu.
“Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya.
“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda.
“Pada masa sama, saya juga berharap perkara ini sudah selesai dan mereka berdua menjalani kehidupan masing-masing. Saya juga meminta masyarakat supaya tidak memandang serong terhadap mereka,” katanya.
Menurutnya, sepanjang pengetahuannya, Fazira seorang yang bertanggungjawab kerana dia memahami masalah rumah tangga tidak perlu didedahkan kepada sesiapa.
“Sebagai bapa, saya tahu perasaan anak saya sekiranya dia menyembunyikan sesuatu berdasarkan riak muka dan apabila pulang ke rumah, saya bertanya mengenai sebarang masalah yang dihadapi, tetapi dia membalas dengan senyuman,” katanya.
Harian Metro turut cuba menghubungi keluarga lelaki berkenaan untuk mendapatkan maklum balas, namun gagal.
Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim mengesahkan pasangan terbabit sudah membuat pendaftaran perceraian di pejabat terbabit pada minggu lalu.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.
Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012. – Metro
Read More...

11.21.2013

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)



BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUMHELLO
Read More...

11.12.2013

Mohon pencerahan drpd yg arif

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Pd sape yg tehegeh2 ltk nme bf dpn nama kau sila baca!!! GEDIK. Ramai yang aku perhatikan,tak kira suami dulu atau isteri dulu nama didepan...sila tukar semula [PERHATIAN] BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.
Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. " Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?
Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya.
Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya (WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya. Berbeza dengan budaya barat (kafir) Contoh: isteri Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham; isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson, DLL.. Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah” ( HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi) Wallahu'alam...
Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya. Aminn. Jangan LUPA SHARE ILMU... Benda-benda lain boleh je share, tp ilmu susah nak share..
Read More...

11.11.2013

Luahan Hati Ahmad Busu

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Anggap diri ‘pelajar ITM’. Itu luahan hati pelakon veteran Ahmad Busu beberapa ketika sebelum meninggal dunia.
‘ITM’ yang dimaksudkan oleh Allahyarham ‘ibadat tunggu mati’, kata balunya, Seri Mohamad, 54.
Seri berkata, Allahyarham sering dilihat membaca Al-Quran biarpun tidak bermaya akibat menghidap diabetes.
“Dia selalu sakit sejak akhir-akhir ini namun pada saya, kesakitan itu yang buat dia lebih banyak beribadah… ibarat dia tahu yang dia dah nak pergi. Ahmad juga menyatakan amat ingin berjumpa kawan-kawan lamanya.
“Bila arwah selalu sangat kata nak jumpa kawan-kawannya, saya rasa lain tapi Alhamdulillah, semasa cuti Deepavali, dapat juga arwah balik kampung di Taiping dan sempat jumpa kawan-kawan sekolahnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari Isnin.
Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.08 malam semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini akibat diserang angin ahmar.
Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ dan memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada 1978.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang kira-kira pukul 11.30 pagi.
Antara rakan artis yang hadir menziarahi jenazah adalah Imuda, penyanyi Nash, Bob Lokman, Datuk Jamali Shadat, Datuk DJ Dave dan Datuk Baharuddin Omar.
Imuda, 53, berkata kenangan berlakon bersama Ahmad selama lebih dua dekad dalam sitkom popular itu sentiasa terpahat dalam ingatan.
Ini telah merapatkan lagi hubungan mereka berdua sehingga Imuda menganggap arwah sebagai abang sendiri.
“Dia selalu pesan pada saya, sentiasa sedar diri semakin berumur dan tingkah laku kena jaga, apa yang nak dibuat, mesti ikut umur kita.
“Itu memang saya akan ingat sampai bila-bila…pemergian dia satu kehilangan besar dalam dunia hiburan tanah air,” kata Imuda.




Read More...

Kenapalah manusia semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Read More...

Sameera Kayali paramedik jelita syahid

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Sorry gambar tidak boleh ditayangkanI(kalau nak tahu macam mana rupa dia google je)

Namanya Sameera Kayali, antara paramedik yang bertungkus-lumus membantu rakyat Syria yang tercedera. Tetapi beliau telah diculik regim Assad dan ditemui syahid tengah padang di Aleppo.

Semoga Allah menerimanya sebagai ahli syurga.. Berehatlah dengan damai wahai jiwa-jiwa yang tenang..





http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/23372-sameera-kayali-paramedik-jelita-syahid-di-tangan-tentera-assad

Harap dia tenang disana
Al fatihah
Takziah dari NS Sekeluarga
Read More...

Suami Norazita Mahukan Hukuman

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Suami Norazita Mahukan Hukuman Setimpal Buat Pembunuh Isterinya - Suami kepada pegawai operasi Ambank yang mati ditembak, Irwan Kamaruddin melahirkan rasa kesyukuran di atas usaha keras pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tertangkapnya suspek pembunuhan isterinya, Norazita Abu Talib, 37.
Suspek yang dikenali sebagai Ardi itu telah berjaya ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada jam 7.00 pagi tadi.
Irwan, 37, ketika dihubungi Bernama berharap suspek akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang telah dilakukannya.
Selain itu, dia juga turut melahirkan rasa penghargaan di atas usaha pihak polis yang bermati-matian memburu suspek sehingga ke lubang cacing.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menangani kes itu sehingga selesai,” katanya.
Ketika ditanya bagaimana kehidupannya serta dua anaknya selepas pemergian isterinya pada 23 Oktober lalu, Irwan hanya berkata kehidupannya tetap berjalan seperti biasa namun rasa sunyi tanpa kehadiran isteri di sisinya.
Norazita telah ditembak dengan menggunakan ‘pump gun’ oleh Ardi yang merupakan pengawal keselamatan di bank berkenaan ketika Allahyarham sedang menyimpan wang hasil operasi bank pada hari tersebut.
Pengawal yang merupakan warga negara Indonesia itu juga dilaporkan telah melarikan wang berjumlah RM450,000 sejurus insiden itu berlaku. 


Read More...

Nama Sebenar Suspek Bukan Ardi

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Nama Sebenar Suspek Bukan Ardi… Tapi… - Nama sebenar suspek tembak pegawai Ambank bukanlah seperti yang tertera di Facebooknya iaitu Ardi Ode Putra Katela tetapi nama sebenarnya ialah Laode Ardina Laode Rasila.
Bermakna di laman sosial Facebook lagi suspek utama ini sudah mahu menyembunyikan identiti sebenarnya.
Nama sebenar suspek utama itu dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti dilaporkan Bernama.
Menurut Khalid, kini polis sedang memburu rakan suspek utama kes itu yang dikenali sebagai Joemar disyaki turut bersubahat merancang kejadian rompak berkenaan.
Sementara itu, Bernama turut melaporkan suspek berkenaan menjadikan bangunan dan rumah kosong sebagai tempat dia bersembunyi selama kira-kira 19 hari ketika dalam buruan polis.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berakata suspek menyorok di beberapa bangunan seumpama itu sekitar Lembah Klang dan Johor.
“Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.
“Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,” kata Mohd Shukri menurut laporan Bernama.
Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi semalam.
Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.
Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.
Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.





Read More...

11.10.2013

Isteri Sempat Suruh Mohd Raffli Gantung Langsir Sebelum Ditembak

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


KUANTAN: "Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 dekat sini Ahad.
Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.
Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.
"Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir kemudian keluar untuk menemui orang tersebut.
"Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata kepada orang yang ditemuinya itu, 'tak nak masuk rumah dulu ke,' sebelum terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, 'Abah kena tembak, Allahuakbar!" katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu kepada pemberita di rumahnya, Ahad.
Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih.
Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau ancaman daripada sesiapa.
"Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada," kata suri rumah itu.
Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari kebelakangan ini.
Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang Ahad.
Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam. - BERNAMA


Takziah dari NS sekeluarga
Read More...

Ahmad Busu meninggal dunia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas Maghrib pada Ahad.

Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Berita kematian beliau tersebar twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian

pelakon komedi ini.

Sebelum itu, PAS Selangor turut memaklumkan berita pemergian pelakon komedi veteran ini.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Allahyarham adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan.
Read More...

Dato' Bukhari (CEO TV AL-HIJRAH) telah kembali ke rahmatullah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Dato' Bukhari (CEO TV AL-HIJRAH) telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.08 pagi tadi...Jenazah akan dibawa pulang dari hospital ke Shah Alam pagi ini. Al-Fatihah.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه وأعف عنه...


Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah yang telah kembali kerahmatullah pagi ini juga yang telah menubuhkan Akademi Al-Quran dan Akademi Nasyid serta banyak rancangan yang sangat bermanfaat utk umat sewaktu di TV9 dulu. 

Sangat besar jariahnya buat penyiaran Islam di negara ini. Ya Allah kurniakanlah hambaMu ini sebaik-baik tempat disisi kekasihMU. Amiiin ya Rabb.







http://sedakasejahtera.blogspot.com/2013/11/al-fatihah-datuk-bukhari-che-muda-ceo.html
Read More...

Suspek Utama Kes Tembak Mati Pegawai AmBank Ditangkap.

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Maaf baru je dapat tahu yang suspek utama kes perbunuhan pegawai AmBank ditangkap..

 Suspek utama kes tembak mati pegawai AmBank di Subang Jaya pada bulan lalu telah ditahan di Johor pagi tadi, dalam cubaan meloloskan diri ke Indonesia. Menurut pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, Suspek ditahan oleh pasukan polis Diraja Malaysia di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, sekitar pukul 7 pagi tadi.

dengan penahana suspek utama berkenaan, polis menganggap kes terbabit selesai. Suspek warga Indonesia itu disyaki berada di Kota Tinggi dalam usaha untuk meloloskan diri ke negara jiran melalui laluan tikus.


Perairan Johor sering menjadi tumpuan pintu masuk keluar penyeludupan manusia membabitkan Malaysia-Indonesia termasuk dijadikan laluan transit haram warga Afghanistan untuk ke Australia
.


http://wowberita.org/terkini-suspek-kes-tembak-pegawai-ambank-berjaya-ditahan



Read More...

11.09.2013

Segmen - Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO <
Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com
Read More...

11.06.2013

SKMM sekat lebih 2,000 laman web

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman web yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,611 ialah laman 'Phishing' (laman web bank palsu); kandungan lucah (103); dan kandungan yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (10).

Turut disekat 15 laman web yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah; Akta Rahsia Rasmi (dua); Kanun Keseksaan (dua); Akta Hasutan (satu); dan lain-lain (sembilan).

"Setakat ini, SKMM sedang menyiasat 10 laman web," katanya kepada Bernama di sini.

Zulkarnain berkata, Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan polis dan agensi penguatkuasa lain di dalam dan luar negara dalam penguatkuasaan undang-undang penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Sepanjang Januari sehingga Oktober tahun ini, beliau berkata, Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan (JPS) SKMM menerima 268 aduan yang disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Daripada jumlah aduan yang diterima, 108 aduan adalah laporan polis yang dirujuk kepada JPS. Jenis aduan yang dirujuk oleh PDRM ialah kandungan palsu 35 peratus, sumbang (23 peratus), mengancam (14 peratus), jelik (15 peratus), lucah (10 peratus) dan lain-lain yang bukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (11 peratus)," katanya.

Beliau berkata, aduan yang paling banyak diterima SKMM ialah berhubung akaun palsu atau penyamaran, termasuk penyalahgunaan maklumat dan data peribadi, penyebaran fahaman atau ajaran sesat dan 'love scam'.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, undang-undang sedia ada seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2012, Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta Perdagangan Strategik 2010 untuk menangani jenayah siber dan penyalahgunaan laman sosial adalah mencukupi.

Namun begitu, beliau berkata, SKMM menghadapi cabaran dalam penguatkuasaan dan pendakwaan, khususnya dalam pembuktian kes jenayah siber.

"SKMM juga berdepan dengan pengendali laman sosial yang enggan membekalkan maklumat kerana individu yang melanggar peruntukan undang-undang di Malaysia tidak semestinya menjadi satu kesalahan di negara pengendali laman web itu.

"Selain itu, SKMM juga berdepan dengan cabaran mengesan individu yang menyalahguna media sosial dengan menggunakan wifi percuma di tempat awam kerana penyedia perkhidmatan tiada log transaksi," katanya.

Selain mendapatkan maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, beliau berkata, SKMM perlu membuat analisa forensik ke atas alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba yang membolehkan siasatan dijalankan.

"Ini merupakan antara cabaran yang dihadapi SKMM namun begitu orang ramai masih tidak faham dan menyalahkan SKMM leka dalam siasatan dan gagal menyelesaikan kes," katanya. - Bernama
Read More...

11.04.2013

Alhamdulilllah Pas menang....

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


RASMI: PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi menakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.
















Alhamdulilllah Pas menang....



Read More...

umno kalah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO



"Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Saya nampak sebenarnya kalau kita kaji, kita menang dalam kalah, kerana ini kubu kuat PAS," katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang dipertahankan PAS sejak lima penggal yang lalu.

"Saya nak katakan untuk BN ini kemenangan dalam kekalahan," katanya sambil undi untuk BN melonjak, walaupun Sungai Limau dikatakan kawasan hitam untuk parti itu.

Menurut Shahrizat lagi semua alim ulama PAS turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya.




    MALAYSIAKINI :: AHMAD FADLI KC
    Read More...