1.17.2014

Lemas selepas berjudi

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


BACHOK - Akibat tindakan nekad terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada anggota polis yang menjalankan operasi membanteras kegiatan judi di jeti Kuala Kemasin, seorang lelaki berusia 37 tahun ditemui mati lemas, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Abdul Jalil Abdul Kadir memaklumkan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok telah menjalankan operasi berkenaan di sebuah jeti di Pantai Kemasin pada jam 7.10 malam, kelmarin.

Menurutnya, ketika pasukan polis tiba di lokasi tersebut, didapati enam lelaki sedang leka berjudi dan menyedari kehadiran polis, mereka terjun ke sungai dalam usaha melarikan diri.

"Selepas terjun sungai, mereka naik ke darat dalam jarak 60 meter dari lokasi serbuan, tetapi salah seorang didapati hilang.

"Operasi mencari suspek yang hilang dijalankan sejurus kemudian sementara yang lain berjaya meloloskan diri," katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, mayat suspek tersebut berjaya ditemui hasil bantuan penduduk yang menggunakan kail pada jam 11.50 malam, kelmarin.

Tambah beliau, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan mayat mangsa yang juga seorang penduduk tempatan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 12.10 tengah malam.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/lemas-selepas-berjudi-1.241304


Ya Allah apa dah jadi ni

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.