6.09.2014

mam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Photo: Imam Besar Masjid Sultan Saluddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, 9.07 malam ini. Selanjutnya di http://ow.ly/xN0Cz


Shah Alam: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri, meninggal dunia pada usia 39 tahun, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, malam tadi.
Allahyarham Ahmad Mustafa, disahkan meninggal dunia pada 9.07 malam akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN. 
Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini. 

Ahmad Zaharin berkata, Allahyarham dimasukkan ke IJN selepas mengadu sesak nafas.

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk dimandi dan dikafankan malam ini.

"Bagi mereka yang ingin menziarahi Allahyarham boleh datang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk berbuat demikian," katanya.
Sumber dari harian metro 

1 comment:

  1. Al Fatihah...Semoga Allahyarham di tempatkan dalam golongan orang orang yang beriman

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.