6.28.2014

PROPAGANDA 3-5-9S DAN 5F YAHUDI DAN NASRANI – PART 1

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Agama atau Ad-Dien itu adalah cara hidup. Bagi agama Islam, ad-Dien itu merujuk kepada cara hidup yang mengikut MANUAL kehidupan yang dibekalkan oleh Allah selaku Pencipta yang sangat arif tentang MAKHLUK ciptaannya. Dalam bahasa sanskrit, A=TIDAK, GAMA=KACAU. Jadi, A-GAMA bermaksud tidak kacau. Kerana itu AGAMA sangat diperlukan agar hidup manusia itu sejahtera dan aman, tidak kacau bilau. Itulah SALAM, itulah AGAMA ISLAM.

Kepatuhan MAKHLUK kepada AL-KHOLIK (penciptanya) dinamakan AKHLAK. Allah selaku AL-KHOLIK telah menurunkan al-quran sebagai manual kehidupan yang wajib dipatuhi oleh manusia, selaku MAKHLUK ciptaanNya. Tanpa Alquran manusia akan hidup kacau bilau. Kerana itu ia diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia. Akhlak Nabi SAW adalah al-Quran itu sendiri. Setiap perintah quran baginda patuhi.

Jika agama terbina dari cara hidup umatnya, maka untuk menjatuhkan semula agama yang sudah dibangunkan, maka musuh agama harus mencari jalan untuk merubah semula cara hidup mangsa atau musuh yang ingin dirosakkannya. Cubaan itu telah pun bermula sejak zaman baginda hidup lagi. Apa yang mereka lakukan ialah mencipta takwim dan menanamkan minat itu dalam kehidupan kita untuk menandingi TAKWIM kita dengan Allah. Mereka akan berusaha melalaikan kita hingga hilang minat kita terhadap agama dan Allah.

Propaganda 5-9S ini dahulunya hanya merujuk kepada 3S yang utama sahaja, iaitu SONG, SEX & SPORT. Kini ia berkembang mengikut zaman dan teknologi menjadi lebih dari 5S. Selagi manusia dan agama ini belum hancur ia akan terus bertambah dari masa ke semasa. Propaganda ‘5S’ ini merujuk kepada 1.SONG, 2.SPORT, 3.SEX, 4.STIM /SEDATIVE (perkara menghayalkan yang dipecahkan lagi kepada SMOKE dan SPIRIT), dan 5.SCREEN. Penambahan S seterusnya ialah SNACK.

Propaganda 5F pula merujuk kepada 1.FINANCE, 2.FOOD, 3.FUN, 4.FASHION, dan 5.FILM. untuk siri kali ini kami hanya kupaskan secara ringkas 2S sahaja dahulu iaitu SONG & SPORT. Sila rujuk kepada hadis akhir zaman di pautan berikut di mana perlu bagi membenarkan kebenaran propaganda yang menghancurkan agama ini.


SONG – LAGU & MUZIK

Umat Kristian banyak menggunakan muzik dalam upacara agama mereka di gereja. Di kalangan masyarakat pula mereka gunakan laluan lagu dan muzik juga untuk menyalurkan mesej dan doktrin mereka. Tanpa kita sedar, melalui muzik dan lagu ini umat Islam seluruh dunia sudah dilayukan melalui mesej serta kaedah penyampaian lagu dan muzik itu.

Lagu tidak lari dari kaedah penyampaian dan meraikannya. Ini termasuk tarian, muzik, fesyen pakaian dan pergaulan bebasnya. Hari ini lagu sudah menular ke dalam masjid dan sekolah. Anak nisak yang bertudung pun ikut melenggok atau terkinja-kinja menari waktu menyanyi. Sebahagiannya buang tudung dan ubah pemakaian untuk disesuaikan dengan tema lagu. Di masjid pula sudah menjadi trend penceramah perlu pandai menyanyi, melawak atau terus gunakan artis untuk menarik pendengar. Sampaikan lagu Hindustan yang bukan berasal dari budaya kita juga jadi budaya dalam ceramah.

Lebih dari itu, umat hancur apabila ia melibatkan pemujaan artis yang menyanyikan lagu itu. Dari yang muda seksi sampai ke nenek tua yang dah kerepot melakukan apa saja untuk menghiburkan peminat. Rezeki kurniaan Allah dibelanjakan untuk membeli CD, tiket konsert, kelab malam, karaoke dan sebagainya. Jika tidak dari umat, ia akan tetap dibelanjakan melalui pihak ketiga, samada dibiayai oleh pemerintah atau penaja, dana yang secara tidak langsung juga milik umat. Hasilnya hanyalah penciptaan generasi hedonisme yang hanya hidup untuk berseronok semata mata.

Dengan pengaruh lagu juga doktrin disumbatkan ke jiwa generasi. Black metal contohnya akan lebih ke arah pemujaan syaitan, agresif, sex bebas dan pemberontakan. Dari situ akan menyebabkan peminatnya membentuk kelompok sendiri yang tidak sebulu dengan yang lain. Mereka berbangga dengan kelompok masing masing sehingga boleh menimbulkan pergaduhan sesama sendiri. Peminat Rock Metal contohnya tidak sebulu dengan geng hip-hop.

Pesta Muzik samada di kelab atau terbuka juga sering menimbulkan gejala sosial yang parah. Tragedi Bukit jalil baru baru ini telah memperlihatkan gejala pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah sehingga 6 remaja mati dalam keadaan mengejut dan mengerikan. Puluhan lagi tenat di ICU. Dengan penemuan kondom yang bersepah, seks bebas tidak perlu diulas lagi. Perbelanjaan wang untuk berhibur sudah pasti tidak sedikit yang terbazir. Sila rujuk kepada 3 hadis berikut yang terpapar dalam link yang berikut ini.

18. KERA & BABI – PERANAN ARTIS & MUZIK, KHAMAR YANG DIUBAH NAMA
35. LIMA BELAS FENOMENA AKHIR ZAMAN YANG MENYEBABKAN BALA
36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA


Dahulu orang Islam hanya mampu menganjurkan acara kecil kecilan sahaja berkaitan muzik ini. Semua kelab malam dan konsert mega yang gila gila hanya dianjurkan oleh penganjur bukan Islam. Hari ini banyak sekali penganjur konsert mega jutaan ringgit, juga pemilikan kelab malam dan dangdut oleh orang Islam. Habis warga emas dan makcik-makcik GRO separuh abad ikut mabuk mabukan dan bermaksiatan. Anak isteri terabai, maksiat dan zina berleluasa bukan sahaja di kalangan remaja, malah kalangan warga tua di pusat-pusat hiburan yang berbeza.

SPORT

Secara positifnya sport boleh menyihatkan badan dan membentuk semangat berpasukan. Namun apa yang seharusnya dijadikan RIADHAH itu ada batas dan akhlak tersendiri dalam Islam. Hari ini, Sukan telah banyak dicemari dengan unsur yang menghancurkan agama.

Dalam strategi teologi, sukan telah banyak membuatkan kita lagho (leka), membuang masa, berpuak-puak dan bermusuhan. Berapa ramai mengingkari aturan berpakaian, meninggalkan solat, bergaul bebas kerana sukan? Islam mengaitkan MASA yang terbuang itu dengan pembaziran tenaga, wang dan potensi umat. Tidak kurang keluarga yang jadi porak peranda, remaja hanyut dengan maksiat akibat dari ketaksuban terhadap sukan.

Kisah penggal kepala yang banyak diriwayatkan oleh umat terdahulu amat asing dan sukar kita percayai sebelum ini. Hari ini berderet-deret video dan gambar menayangkan puluhan kepala yang dipenggal. Ini mengingatkan kita dengan kisah kepala cucu Rasulullah SAW yang dipenggal dan disepak-sepak macam bola sepertimana yang kita lihat di video dari tanah Arab. Ia juga dikatakan terkait dengan asal usul sukan bolasepak.

Upacara larian dan nyalaan OBOR, yang menjadi amalan dalam perasmian dan penutupan kejohanan sukan juga terkait dengan propaganda Perang Salib. Analogi Api dan cahaya yang terkait dengan ilmu yang menyuluh hidup dan membakar semangat umat, yang telah dinyalakan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat itu kini telah dibawa lari dari kita. Sekarang kita diperbodohkan dengan acara larian itu yang sebenarnya sedang menghina kita. Fikirkanlah.

Sewaktu sebahagian besar dari kita menumpukan pada sesuatu perlawanan contohnya, sudah HILANG FUNGSI SUKAN untuk berpeluh menyihatkan badan. Ia berganti dengan satu budaya ‘PESTA & PERJUDIAN’ yang banyak membuang masa dan menyebabkan banyak perpecahan dan kelalaian. Tidak kurang juga pelbagai kemaksiatan yang berlaku semasa bersukan dan meraikan kesukanan.

Demi menonton sukan, baik di TV ataupun di lapangan, kita berjaga, berbelanja, tinggalkan kerja, abaikan rumahtangga dan perjuangan agama bangsa, hanya untuk memuaskan hati semata-mata. Tidak kurang juga aktiviti perjudian dan rusuhan dari pelbagai acara sukan ini. Wang negara BANYAK dilabur hanya untuk membiayai sarana dan penganjuran pelbagai acara sukan. Apa hasilnya ?

Umat Islam, khususnya kaum hawa diperintahkan diam di rumah. Nisa’ ada disiplin tersendiri dari segi pemakaian dan aktiviti sosial. Sukan telah banyak menghalang perlaksanaan disiplin yang telah Allah dan rasul tetapkan itu. Hari ini, dari tadika sampai jadi ibu di universiti dan alam pekerjaan, wanita terkinja-kinja bersukan, terlolong lolong bersorak, ada yang pakai seluar dan skirt pendek, pakai bikini dan sebagainya ditonton pula oleh lelaki. Bila ramai yang hilang ‘dara’ juga dengan mudah dikaitkan dengan sukan. Bagaimana akhlak dan adab pemakaian Muslimah boleh dilaksanakan dengan sempurna jika mereka masih digalakkan bersukan?

Kerana sukan kita boleh beri CUTI UMUM seluruh negara atau negeri secara mengejut. Bayangkan berapa banyak kerugian akibat urusniaga, temujanji serta perancangan ekonomi dan sosial yang terhenti gara gara cuti umum mengejut berkaitan sukan itu.

KESIMPULAN

Selaku Warga yang Prihatin dengan nasib agama dan bangsa ini, tugas kita hanya saling ingat mengingat sahaja. Kepada Pak Menteri yang kami kasihi, ingin kami tegur dengan senyuman bahawa kenyataan ‘BERKORBAN DEMI SUKAN’ itu bermakna kita sudah jadi HAMBA SUKAN. Itu sudah lari dari maksud ikrar melalui Fatihah, khasnya ayat ke 5 yang kita baca 17 kali sehari dalam solat. Sila rujuk artikel berikut,


Propaganda ini adalah keterlanjuran umum yang sudah terserap menjadi budaya kita, bukan mengena pada menteri sahaja. Jadi marilah kita saling ingat mengingati, sama-sama beristighfar dan menanam azam untuk ‘Kembali ke Rahmatullah’ melalui hidayahnya sewaktu hayat masih di kandung badan.

Sukar untuk doa orang lain agar kita KEMBALI KE RAHMATULLAH itu dimakbulkan setelah kita mati nanti jika kita tidak pernah cuba untuk melakukannya sewaktu hayat kita. Ini kerana setelah mati nanti, amalan kita telah TERPUTUS dan tidak mampu memperbaiki kesilapan lagi. Berhentilah kita dari menipu diri sendiri bahawa sesungguhnya kita sedang mengalami banyak kekalutan mengendalikan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Berhentilah mencari pelbagai ALASAN, semata-mata ingin memuaskan selera nafsu kita sehingga sanggup mengingkari aturan agama dalam kehidupan kita. Jangan UBAHSUAI agama untuk disesuaikan dengan kehendak nafsu kita. Sebaliknya UBAHSUAI diiri kita untuk mematuhi aturan agama dalam apa sahaja isu kehidupan kita.

Hidup ini sebenarnya terlalu singkat. Umur kita dan waktu 24 jam sehari tidak akan bertambah. Jika kita sudah banyak gunakannya untuk aktiviti lagho, PASTI PERUNTUKAN WAKTU UNTUK ALLAH AKAN BERKURANGAN.

“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal SOLEH (amalan yang membawa pembaharuan - ISLAH), Dan saling berwasiat dengan kebenaran, berwasiat dengan kesabaran”. (QS: AL-ASR)


Sumber dari Facebook http://prihatin.net.my/

Bukan milik saya article ini.. Semua milik prihatin.net 

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.