9.02.2014

Jabatan Kastam Kuala Lumpur

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO



PETALING JAYA: Jabatan Kastam Kuala Lumpur merampas lapan unit kontena mengandungi 73.69 juta batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM4 juta di Pelabuhan Klang dan Johor dari Januari hingga Ogos lepas.
Pengarahnya, Datuk Mohd Isa Endot berkata, rokok yang dirampas melibatkan cukai lebih RM37 juta.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata siasatan mendapati kegiatan tersebut didalangi oleh sindiket antarabangsa.
Mereka menggunakan Pelabuhan Zon Bebas di Malaysia sebagai transit untuk menyeludup rokok itu ke negara ketiga, kata beliau.
Mohd Isa menyeru orang ramai memberi kerjasama kepada pihak kastam dengan menyalurkan maklumat penyeludupan menerusi talian bebas tol kastam di 1800-88-8855.

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.