9.03.2014

Saya tidak tahu nama pokok ini

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Saya tidak tahu nama pokok ini. Baik nama kampung,atau nama saintifiknya, memang saya tidak tahu. Kenal dah lama. Zaman kecik2 dulu, selalu kutip dan buat main masak2.
Rupanya pokok ini mustajab..
Ketika mama diserang denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi. Tujuannya untuk naikkan platlet pesakit. Kami pun mencuba. Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platlet mama naik, dan esoknya dilepaskan keluar ward.
Ketika suami saya Imran Arif diserang denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yg dikutipnya di tepi2 rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.
Di kesempatan ini, saya share ilmu yg kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yg berkuasa untuk memberi kesembuhan, InsyaAllah..
Cara consume:
Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan brown sugar. Kemudian tapis, dan minum. Rasa? Suami ckp, rasanya mcm air tebu. Berapa sudu gula? Secukup rasa. Jangan sampai kena kencing manis plak.

Nur Farhana Noor Musa's photo.Nur Farhana Noor Musa's photo.

2 comments:

  1. Singgah dan Follow blog ini, datang dari #KelabBloggerBenAshaari Salam kenal... http://engkumuzahadin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. datang follow sini...hmmm nanti nak refer kat mak saya kot2 dia tau pokok apa....hehe

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.