10.31.2014

Saifu Nang : Nama : YB Dato Seri Shahidan Kassim

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Nama : YB Dato Seri Shahidan Kassim
Parlimen : Arau, Perlis
Saya ingin mulakan cerita DSSK, ya itu singkatan sinonim beliau dalam kalangan rakyat Perlis.
Saya ingin bawa saudara menelusuri kisah hidup beliau bagaimana naik turun politik beliau dan mengapa majoriti rakyat Perlis meyayangi beliau.
Tahun 1982 semasa beliau belum lagi menjawat jawatan dalam politik, ketika beliau masih lagi Pegawai PTD, orang Perlis tahu kisah beliau ditukar ke luar negeri dgn notis singkat kerana MB ketika itu menganggap dia sebagai 'threat' kepada karier politik beliau. Kerana ketika itu belum lagi ada anak Perlis yang mempunyai karisma seperti beliau.
Kemudian beliau pulang ke Perlis, mencebur diri dalam politik secara serius dan pada tahun 1986 hingga 1995 menjadi MP Arau. Tahukah ketika menjadi MP Arau ketika itu beliau antara pemimpin yang lantang dan berani menzahirkan isu rakyat. Buktinya bacalah teks ucapan beliau semasa membahaskan usul bersejarah pindaan perlembagaan negara pada tahun 1993, beliau bangun tanpa gentar membahaskan usul yang paling sensitif kepada bangsa Melayu dan negara. Sedangkan ketika itu kebanyakkan MP lebih rela berdiam diri kerana ragu-ragu untuk bersuara lantang dalam isu ini.
Seterusnya era 1995-2008, era ini orang Malaysia mula mengenali Perlis, ketika ini orang luar mengenali Perlis bukan lagi sebahagian di dalam negeri Kedah, ataupun di Perlis ini hanya terdapat Padang Besar dan Wang Kelian. Di era ini orang luar mula berbicara tentang Perlis, orang mula kenal Shahidan Kassim, orang mula sedar hakikat kewujudan negeri paling kecil di utara Malaysia.
Mengapa ini berlaku ? Mengapa Shahidan Kassim amat dikenali di luar dan didalam negeri ? Kerana sikap beliau:
Menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang, orang Perlis perlu mengakui hakikat sifat dermawan Shahidan Kassim, rumah beliau umpana 'Police Station' atau '7-Eleven'. Mengapa? Kerana 24 jam pintu rumahnya terbuka untuk mana-mana insan yang datang perlukan pertolongan.
Duit anak sekolah, duit susu anak, duit bantuan pelajar, RM50, RM30, mahu lembu korban, pibg mahu sumbangan, generasi muda mahu modal mula berniaga, apa saja bahkan ke duit mahu makan nasi tengah hari pun orang datang. Dari segenap pelusuk negeri Perlis bahkan ada yang sanggup datang jauh dari negeri jiran semata-mata mahu meminta bantuan daripada Shahidan Kassim. Perlu ditanya mengapa ramai yang datang memohon bantuan daripada beliau? Kerana tidak pernah dalam hidup beliau, semasa menjadi MP biasa, MB, Adun biasa dan kini Menteri Penuh beliau akan membebankan dengan birokrasi, tiada borang, tiada penjamin, tiada perlu tandatangan JKKK, datang berjumpa insyaallah akan dibantu.
Orang Perlis ingatkan lagi semasa banjir besar melanda Perlis pada 2005, berapa lama rakyat Perlis mendapat bantuan banjir tersebut? Bantuan banjir yang berlaku 2005 diteruskan sehingga bertahun selepas kejadian itu, sedangkan rumah sudah dicat baru, perabut sudah dibeli baru, bantuan masih juga diberi.
Orang Perlis ingatkan setiap bulan Ramadan dari tahun 2004 setiap malam akan diadakan majlis berbuka puasa, tazkirah dan tarawikh beramai-ramai di Dewan Warisan dan kemudiannya dengan sumbangan. Bukan sedikit setiap malam rakyat Perlis bahkan dari luar negeri yang datang, setiap malam lebih kurang 1000 yang akan dipilih menerima sumbangan. Daripada fakir miskin, ibu tunggal, orang tua, anak yatim, pesara kerajaan, gologan oku, pekerja kerajaan, pekerja swasta, pelajar universiti luar dan dalam Perlis, pelajar sekolah menengah dan rendah semuanya menerima bantuan wang dan hamper makanan atau peralatan elektrik. Bukan sekali bukan dua kali tapi sehingga tahun 2008 ianya dijalankan. Berapa ramai yang memperoleh manfaat daripadanya. Ia mungkin ada yang berkata RM50 bantuan duit dan hamper makanan bernilai RM50 apalah sangat, namun bagi ibu-ibu tua, anak yatim, fakir dikampung ianya amat lah besar bagi mereka.
Bukan itu sahaja, suasana keakraban dari semua lapisan masyarakat berkumpul, berbuka puasa bersama-sama, yang berada dan yang kurang berada semua berbuka sekali, solat sekali, mendengar tazkirah sekali, bahkan bangsa Cina, Siam, India turut dijemput, keharmonian dibajai dan menyubur dengan pesat ketika itu.
Itu belum disentuh lagi berkenaan bola sepak, bila Singa Utara mula dikenali oleh orang luar, semasa zaman beliau juga. Berkenaan pendidikan jangan dilupa KUKUM (Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia) merupakan inisiatif beliau, ataupun sekarang ini gah dengan nama barunya UniMaP (Universiti Malaysia Perlis). Dan pembagunan Sunnh di Perlis semakin berkembang semasa zaman beliau, ahli akademik diambil menjawat jawatan dalam pentadbiran negeri. Dari segi pembangunan rohaniah, IPTIPs (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis) telah ditubuhkan. Ramai graduan yang menyambung pengajian ke Madinah dan lain-lain tempat lagi.
Iya saya akui, banyak juga salah dan silap benar, tapi daun-daun bakti beliau yang lain wajar dihargai, jangan kerana sedikit kesalahan, ribuan kebaikan beliau kita pejamkan.
Tanyalah anak kecil dikampung sana, kenalkah Shahidan Kassim, tentu jawab mereka ya dia MB Perlis yang selalu belanja aiskrim masa kenduri.
Tanyalah petani tua di jauh sana, kenalkah Shahidan Kassim, ya dia selalu jalan kaki datang ronda kampung.
Tanyalah peminat bolasepak disana, kenalkah Shahidan Kassim, iya semasa dialah kami mampu ke pentas final hampir setiap tahun.
Tanyalah peniaga kecil diluar sana, kenalkah Shahidan Kassim, jawab mereka dapur ini Dato Seri yang berikan modal. Tanyalah ajk masjid dikampung sana, kenalkah Shahidan Kassim, jawab mereka haa dia selalu mai tak bagitau dulu, tiba-tiba ada sahaja.
Tanyalah anak kariah masjid, kenalkah Shahidan Kassim, maka jawab mereka iya nasik lemak Dato Seri kenduri lepas kuliah Maghrib sedap belaka.
Tanyalah pelajar universiti dan pelajar sekolah, kenalkah Shahidan Kassim, kenal dia selalu bagi sumbangan kepada kami pelajar cemerlang, adakan jamuan.
Tanyalah mangsa banjir atau bencana di Perlis, siapa dulu yang akan sampai memberi bantuan, kalaupun kejadian terjadi pukul 4 pagi, sudah semesti Shahidan Kassim, siapa yang tidak tidur malam pada tahun 2005 sehingga air surut, memastikan rakyat negerinya mendapat makan dan tempat lena ketika banjir semakin memburuk, tanyalah mereka, maka jawabnya tentulah Shahidan Kassim.
Tanyalah setiap anak negeri Perlis siapa dia Shahidan Kassim, maka kami akan jawab dalam 8 Menteri Besar Perlis, Dia ialah antara yang paling disayangi dan disenangi rakyat.
Iya saya akui sekali lagi, beliau ada salah dan silap, tapi untuk menafikan kebaikan beliau, dengan mencerca beliau itu jauh sama sekali. Inilah sedikit coretan kecil sebahagian perjalanan perjuangan DSSK kepada rakyat Perlis.
Dikirim oleh
IBRAHIM
"Minggu Cerita Baik-baik Tentang Ahli Politik". Kita sambung balik. 4 hari cuti kerana kesihatan kurang mengizinkan. Jika ada cerita tentang AHLI POLITIK / PEMIMPIN yang masih lagi anda lihat berjiwa pemimpin yang ikhlas, sila kongsikan dengan saya di PM. Saya akan cuba paparkan. TIDAK KIRA MEREKA PKR, UMNO, PAS atau parti apa sekalipun.
Seringkali kita bercerita tentang keburukan orang, jarang sekali memberi laluan kepada kebaikan mereka untuk kita tauladani jika satu hari nanti kita pula yang berada di tempat mereka. KITA OFF cerita negatif dulu dan kita sebarkan kebaikan untuk kita tauladani. INGAT...NEGATIVE COMMENTS WILL BE EXECUTED!!


Hak milik Saifu Nang sepenuhnya.. 

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.