12.28.2014

Amaran berjaga jaga dikeluarkan

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Dikeluarkan pada : 12:30am pada 29 Disember 2014
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH):
Dikeluarkan pada: 12:30 pagi pada 29-12-2014.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun & Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan & Rompin) & Johor (Daerah Mersing) dijangka berterusan sehingga Rabu, 31 Disember 2014.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA):
Dikemaskini pada: 12:30 pagi, 29-12-2014.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Hulu Terenganu), Pahang (Daerah Bera, Temerloh, Jerantut & Maran), Johor (Daerah Segamat, Kluang & Kota Tinggi), Sarawak (Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang) dan Sabah : Bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau (Daerah Lahad Datu) dijangka berterusan sehingga Rabu, 31 Disember 2014.
SEKSYEN C: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING):
Dikemaskini pada: 12:30 pagi, 29-12-2014.
Hujan monsun beserta angin kencang yang berlaku di negeri Perlis, Kedah, Perak Utara, Kelantan, tengah & utara Terengganu, pedalaman Pahang, barat Johor dijangka berterusan sehingga Rabu, 31 Disember 2014.




1 comment:

  1. Kat tempat ena hujan je dua hari ni.. huaaaaaaaaaaa risaunyaaa

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.