12.25.2014

Ambang 2015

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Putrajaya: Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 yang sepatutnya berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 pada 31 Disember ini dibatalkan.
Perkara berkenaan dimaklumkan Perbadanan Putrajaya (PPj) menerusi status ringkas pada Facebook (FB) mereka.
"Setelah perbincangan diadakan antara PPj dan pihak penganjur, dengan ini dimaklumkan bahawa program Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 kini sah dibatalkan," katanya.
Kira-kira enam jam lalu, PPj menerusi status FB memaklumkan pihaknya sedang dalam usaha berbincang dengan pihak penganjur bagi membatalkan sambutan Ambang 2015 .
Baru-baru ini, ada desakan daripada pelbagai pihak dan orang awam menerusi Internet termasuk laman sosial FB meminta supaya sambutan berkenaan dibatalkan.
Desakan yang dibuat adalah berikutan banjir melanda beberapa negeri di negara ini.







No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.