12.30.2014

‪#‎TakziahQZ8501‬

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Surabaya: Kedengaran suara tangisan ahli keluarga dari Pusat Krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, selepas penemuan objek di Pangkalan Bun disahkan milik pesawat QZ8501.
Suasana di pusat ini masih dalam keadaan terkawal dengan ratusan waris dan ahli keluarga masih terus menunggu maklum balas daripada pihak berkenaan.
Pemerhatian wartawan dari luar pusat ini mendapati Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) di Surabaya, M Hernanto, sedang memberikan taklimat manakala pegawai penerbangan AirAsia Indonesia menenangkan perasaan waris keluarga pesawat malang itu.
Malah jelas kedengaran dari dalam bilik itu meminta ahli keluarga bersabar dan meminta mereka bertenang ketika siaran televisyen media tempatan menayangkan gambar serpihan dari kawasan pencarian.
Cubaan untuk menemubual waris keluarga setakat ini belum berhasil kerana mereka masih berada di dalam bilik terbabit.

#takziahQZ8501 Sidang media Kepala BASARNAS (Badan penyelamat Indonesia) Marsekal Madya FHB Soelistyo mengenai penemuan mayat di lokasi pencarian. FOTO MetroTV

Lagi gambar tertiris di media




Harian Metro * myMetro's photo.

Harian Metro * myMetro's photo.

#takziahQZ8501  ANGGOTA penyelamat berusaha membawa naik satu daripada mayat yang ditemui di lokasi pencarian. FOTO tvOne



Harian Metro * myMetro's photo.

Harian Metro * myMetro's photo.

Semua ni saya dapat dari harian metro dan saya mewakili keluarga saya mengucapkan takziah pada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.